Home » » Akta Pencegahan Jenayah ; Lihatlah Siapa Yang Berdemo !!

Akta Pencegahan Jenayah ; Lihatlah Siapa Yang Berdemo !!

Written By Unknown on 01/10/2013 | 10:30 pm


Seramai 30 orang dari Kumpulan Aktiviti Hak Asasi Manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) berkumpul di perkarangan Parlimen bagi menjalankan demonstrasi menolak Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang akan dibincangkan di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Demonstrasi bermula seawal jam 10 pagi dan mereka berarak dari simpang Taman Tasik menuju ke perkarangan Parlimen.

Mereka turut melaungkan slogan dan membawa plakad 'hidup-hidup, hidup rakyat, tolak-tolak, tolak PCA, tolak Akta Zalim' bagi menunjukkan protes kepada pemindaan akta tersebut yang membolehkan pesalah ditahan selama dua tahun tanpa bicara.

Selepas sejam mereka berdemonstrasi di perkarangan Parlimen, wakil ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan) kemudiannya membawa wakil daripada kumpulan aktivis itu untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Demonstrasi itu diketuai oleh Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger