Anda cuba dengar elok-elok dan video ini d katakan d ambil ketika kejadian pengurusan jenazah d Masjid Kubang Buaya, Jalan Kampung Gajah..ishhh kat mana yaa..aakj tak berapa tahu..
Cuma agak terkejut bila solat jenazah dan d letak harga..RM4.00 untuk seorang jemaah..itulah nilainya yang d sebutkan dalam video ni..
Dulu kat Kelantan ada amalan ini..bukan semua kampung..tapi aakj pernah juga d beri duit dalam sampul selepas solat jenazah..dulu..25 tahun yang lalu kalau tak silap..lupalah berapa ringgit masa tu..RM2 kot..
Untuk yang usung jenazah..akan d beri kain semutar kepala atau tuala good morning..ini kat kampung aakj..kampung lain aakj tak tau..lepas tu ada tahlil pada hari ke 3 kematian..hari ke 7..hari ke 40..dan akhirnya hari ke 100..lepas tu? Tok Guru aakj selalu cakap..lepas 100 hari arwah mengadap Ilahi..sanak saudara atau ahli keluarga hanya ziarah pada Hari Raya saja..tu pun kalau sempat..paling malang bila setiap kali lepas solat 5 waktu..tak doa pun kat arwah..
Tok Guru aakj juga ada kata..yang perlu d bayar upah hanyalah penggali kubur..yang lain tu tak perlulah..tapi kalau kita bermurah hati nak bagi..entah dapat pahala atau tidak tu tak taula plak.."..jangan jadikan apa yang Nabi saw tak buat tu sebagai kewajipan atau adat atau budaya.." tambah Tok Guru..
+ comments + 2 comments
apa yg sya nampak kat kedah tu,jemaah yang solat jenazah tu,bila diberi upah dia sedekah balik kat ahli keluarga almarhum/almarhumah.
Saya tidak pasti sama ada perlu membayar upah mengendalikan jenazah di Hospital Sg Petani? Sebab baru-baru ini ayah saya meninggal dunia dan pihak hospital@ Pembantu Hospital kenakan bayaran untuk mengendalikan jenazah ayah saya sehingga menyembahyangkannya. Di samping itu juga pihak kariah Masjid Sg Keladi mengenakan bayaran/upah untuk membawa jenazah ayah saya ke kampung Pecah Batu, Kuala Kangsar. Tapi masa esoknya selepas menyembahyangkan jenazah di masjid Kg Jeliang, tiada pula mereka minta wang untuknya??
Post a Comment