Aakj keluarkan artikel pertama d SINI dan artikel susulan yang mana polis tegaskan ianya bukan langgar lari d SINI...baca yang d bawah ni..rupanya kalau kita langgar orang dan esok baru repot polis maka masih kita tidak d katakan langgar lari..?
Pemandu kereta BMW putih yang didakwa telah melanggar lari seorang penunggang motorsikal di Taman Danau Kota, baru-baru ini, dilaporkan mempunyai pelbagai rekod kesalahan trafik lampau.
Sumber polis mengatakan lelaki berusia 28 tahun itu mempunyai empat waran tangkap dan 23 saman trafik yang masih belum dijelaskan.
Video kemalangan itu menjadi viral di laman-laman sosial pada Isnin lalu apabila dikongsikan oleh orang awam yang merakam insiden tersebut.
Pemandu itu kemudiannya dipercayai telah membuat laporan polis mengenai insiden itu di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, pada keesokan hari selepas kemalangan itu.
Walaupun menjadi antara orang buruan polis, tidak diketahui kenapa polis tidak menahan lelaki tersebut atas pelbagai kesalahannya sebelum ini.
Lelaki yang bekerja sebagai penyelia pusat jualan di Sentul itu dikehendaki polis atas kesalahan melanggar lampu merah (empat kes), tidak mematuhi isyarat trafik (tiga kes), kegagalan untuk melaporkan kejadian kemalangan dalam tempoh 24 jam, memandu sambil menggunakan telefon dan memandu laju.
“Selain itu, terdapat juga saman kerana memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan serta cukai jalan kenderaan tamat tempoh,” kata sumber kepada New Straits Times.
Mangsa yang memandu motorsikal Yamaha LC telah dirempuh oleh kereta BMW di simpang jalan terbabit .
Video berdurasi 32 saat itu menunjukkan pemandu BMW memasuki simpang kiri tanpa melihat terlebih dahulu keadaan trafik dari arah kanannya sekali gus menyebabkan mangsa dirempuh dan jatuh terduduk di atas jalan raya.
Selepas berlaku pelanggaran itu, pemandu itu berhenti sekejap sebelum memulakan kembali perjalanannya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Pemandu BMW yang dikenali sebagai Mohan berkata dia mahu membantu mangsa tetapi bimbang dirikan akan diapa-apakan oleh orang awam yang melihat insiden tersebut.
“Saya berhenti sekejap di tepi jalan tetapi kemudiannya saya tukar fikiran apabila ternampak ramai orang awam yang makan di kedai berhampiran menghampiri mangsa pada ketika itu,” katanya.
Dia juga menafikan memandu dalam keadaan cuai kerana menurutnya, dia memang tidak menyedari akan kehadiran motosikal tersebut.
“Saya tidak nampak motosikal itu sebaik saja ingin memasuki simpang.
“Seperti yang saya katakan dalam laporan polis, saya mengaku itu salah saya dan saya telah pun disaman kerana menghalang laluan penunggang motosikal terbabit,” ujarnya lagi yang terpaksa membuat laporan polis sebaik sahaja pulang dari Melaka keesokan harinya.
Post a Comment