Home » » Ustaz Fathulbari Minta DrMaza Baca & Kaji Balik Kitab..."Dont Be Notty"

Ustaz Fathulbari Minta DrMaza Baca & Kaji Balik Kitab..."Dont Be Notty"

Written By Unknown on 11/09/2013 | 8:30 pm



Ustaz DrFathulbari Mat Jahya mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam.

Ustaz DrFathulbari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.

"Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah,"

Beliau memetik ayat Al-Quran:

 "Aku (Allah) uji mereka, dengan kematian dengan kekurangan harta benda, dengan hilangnya kerosakan tanam-tanaman dan sebagainya, dan berilah khabar gembira kepada orang sabar."

Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam.

"Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam.

"Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi.

Menurutnya lagi, pemberian "subsidi" oleh kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih memerlukan memandangkan mereka yang kaya juga menerimanya.

"Sepatutnya, subsidi atau hibah (hadiah) ini diberikan kepada golongan sasar, seperti apa yang berlaku pada hari ini.

"Orang yang mewah kehidupannya juga merasai subsidi tersebut," katanya.

Beliau turut menjelaskan gambaran oleh Nasrudin dan Mohd Asri terhadap kenyataannya seolah-olah semua adalah takdir Allah juga tidak tepat, sebaliknya berkata orang ramai perlu mencari ikhtiar dalam menangani kenaikan harga barang.

"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.

"Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.

Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.

"Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari.

Sebelum ini, Nasrudin dan Mohd Asri membidas kenyataan Ustaz DrFathulbari tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.

"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.

Kesian aakj tengok Ketua Pemuda Pas dan Bekas Mufti Perlis..nak cuba tunjuk depa pandai dalam segala hal..rupanya TERJAHIL dalam banyak perkara..Tok Guru aakj selalu pesan :

"..jangan ingat kita belajar dah hebat semua dahhh..ada banyak lagi yang kita tak belajar.."

Kepada kedua yang khabarnya belajar d luar negara dan kononnya arif segala benda ni..muhasabahlah..ajak minum teh dan bermuzakarah..

"..tak rendah tahap ilmu kamu kalau kamu mendengar ilmu dari orang lain dan tinggi ilmu kamu kalau kamu boleh ajar orang lain.." - pesan Tok Guru aakj lagi..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger