Home » » Ugut Bunuh : Lim Guan Eng Buat Helah?

Ugut Bunuh : Lim Guan Eng Buat Helah?

Written By Unknown on 14/09/2013 | 2:00 pm



Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi laman Twitter daripada individu yang tidak dikenali yang menggunakan akaun twitter MoonYue18 . Ugutan tersebut berbunyi :


“'#DynastyLim#CEC#DAPig#@cmlimguaneng cheater! u mati minggu depan' kepadanya.”


Seperti yang kita sedia maklum, Lim Guan Eng kini berada dalam keadaan ‘panas’ dikecam dari setiap arah akibat tindakan dan sikapnya yang sudah melampaui batas.


Akhir-akhir ini, satu demi satu masalah terpaksa diharungi DAP yang berpunca dari sikap bodoh tapi sombong Guan Eng dalam mengurustadbir parti. Pemilihan CEC yang penuh dengan penipuan menjadi titik kebangkitan ahli-ahli DAP yang sudah tidak tahan lagi dengan kezalimannya.




Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan sekiranya beliau benar-benar menerima ugutan bunuh dari ahli-ahli DAP sendiri yang telah menjadi mangsanya. Namun begitu, ramai yang melihat ugutan bunuh terhadap Guan Eng dengan pandangan sinis.


Ini kerana, DAP memang terkenal dengan drama ugut bunuh setiap kali terperangkap dalam sesuatu isu yang ditimbulkan mereka sendiri.


Pada 3 September lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How membuat laporan polis kerana menerima sepucuk surat berbaur ugutan tidak bersampul yang diletak dalam peti surat di kediamannya. Surat ugutan itu memuatkan gambar ular tedung dan blok huruf kertas yang dipotong dan tampal dengan perkataan ‘Pasir Pinji jangan hina Melayu Islam’.


Dalam bulan April tahun ini juga, Lim Guan Eng pernah melaporkan bahawa beliau menerima ugutan dalam Bahasa Inggeris melalui telefon yang memberi amaran agar ‘menjaga anaknya’.


February 2009, Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan menerima surat ugutan mengandungi dua butir peluru kononnya kerana kenyataan beliau yang ingin menyaman Sultan Perak berhubung perlantikan Menteri Besar negeri itu.


Mei 2008, Karpal Singh mendakwa menerima sebutir peluru hidup dan sepucuk surat yang dihantar ke pejabatnya kononnya berhubung kenyataannya yang mencabar isu keistimewaan Melayu dan Insititusi Raja-raja.


Selain itu, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang tegar menyokong pembangkang juga dilaporkan menerima ugutan bunuh dengan sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor kononnya berhubung dengan kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor.


Pelik sekali, hanya pemimpin DAP yang kerap menerima ugutan bunuh. Dan isu-isu berkaitan Melayu-Islam sering menjadi ‘puncanya’. Bagaimanapun, strategi DAP untuk memperlihatkan ‘keganasan’ orang-orang Islam bagaimanapun tidak menjadi.


Walau apapun alasan DAP untuk menerima ugutan bunuh, ia tetap membawa kemusykilan.


Mana tidaknya, kerana DAP cukup sinonim dengan samseng atau gangster. Kaitan DAP dengan gangster sukar dinafikan apabila aktiviti haram dan gelap bercambah sejurus selepas parti itu mendapat kuasa di satu-satu negeri. Lebih mengukuhkan lagi persepsi ini ialah apabila pemimpin-pemimpin DAP membela gangster secara terbuka. Sehingga ke artikel ini ditulis, usaha DAP untuk membela ‘hak asasi gangster’ masih terus berjalan.


Ugut mengugut adalah antara taktik wajib dalam gangsterisme. Penggunaan peluru pula meyakinkan kita bahawa ia dilakukan oleh gangster kerana rakyat biasa yang cintakan keamanan, cintakan negara, menyokong kerajaan serta mendaulatkan Sultan, tidak mungkin tahu di mana dan bagaimana caranya untuk mendapatkan peluru dengan sebegitu mudah. Lebih dari itu, orang biasa tidak mungkin berani mengugut DAP yang dianggap sebagai tonggak rangkaian gangster.


Justeru, drama ‘ugut bunuh’ DAP ala-ala hantu gangster bodoh tidak lagi kelakar. Jika Guan Eng menyangka kita akan merasa kasihan padanya, maka beliau silap.


Tiada siapa yang percaya akan ugutan bunuh terhadap Guan Eng, tetapi orang lebih percaya jika Guan Eng yang mengugut untuk membunuh orang. Begitulah persepsi masyarakat terhadap Guan Eng hari ini.


Tidak pasti sama ada ugutan bunuh terhadap Guan Eng adalah benar tetapi yang pasti, Guan Eng yang dahulunya ditakuti oleh ahli-ahli DAP kini dibenci dan telah menjadi liabiliti besar kepada parti.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger