Media berbahasa Cina terus menerus memainkan isu Tanda Putera walaupun ia telah pun ‘selamat’ ditayangkan. Takut sungguh puak-puak Cina ini sekiranya anak-anak mereka mempelajari sejarah tanah air. Takut sekali sekiranya anak-anak mereka melihat keangkuhan DAP membawa kepada kemusnahan.
Justeru, berbagai-bagai komen dan kenyataan dibuat oleh media Cina untuk memastikan anak-anak mereka tidak menonton filem ini dan tidak mempercayai sejarah yang tertulis. Mereka menuduh filem ini sebagai membawa agenda politik UMNO untuk memburukkan DAP.
China Press pula menulis bahawa filem ini tidak menjaga sensitiviti kaum Cina kerana menggambarkan kaum Cina kejam dan tidak patriotik sementara polis pula sebagai sabar dan pembela rakyat.
Sebenarnya pihak yang kejam dan tidak patriotik dalam paparan sejarah 13 Mei ialah kaum Cina dari parti DAP yang membawa elemen radikal, berjiwa komunis dan bercita-cita untuk merampas kuasa dari Melayu. Manakala Cina-cina dari MCA dan selebihnya turut menjadi mangsa kekejaman mereka.
Akhirnya, tindak balas dari orang-orang Melayu telah memerangkap semua bangsa di dalam tragedi ini.
Dalam keadaan terperangkap, ada kaum Cina yang membantu Melayu dan Melayu yang membantu Cina. Senario ini dipaparkan dengan jelas dalam filem Tanda Putera tanpa berat sebelah.
Orang-orang Melayu bertindak balas terhadap DAP setelah menyedari niat DAP untuk merampas negara ini dengan menghapus atau menghalau orang-orang Melayu. Manakala, pihak polis dan kerajaan pula bertindak atas tanggungjawab menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat tanpa mengira bangsa.
Justeru, secara semulajadinya, yang sabar dan patriotik adalah pihak polis.
Yang patriotik juga adalah orang-orang Melayu yang ingin mempertahankan tanah air dari dirampas.
Yang kejam dan tidak patriotik tentulah Cina dari parti DAP terutamanya, kerana berniat merampas kuasa dan membunuh orang-orang Melayu termasuk kaum Cina dan India yang dilihat sebagai tidak bersama mereka. Niat untuk merampas kuasa dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka langsung tidak menganggap negara ini sebagai negara mereka.
Berdasarkan hakikat ini, kita hairan kenapa semua orang-orang Cina di Malaysia harus turut ‘takut’ dengan Tanda Putera jika mereka tidak bersalah? Kenapa mereka semua harus merasa pedas jika tidak termakan cili?
Apakah semua Cina-cina Malaysia sebenarnya berkongsi cita-cita untuk merampas kuasa serta berpegang kepada dan aspirasi komunisme DAP tahun 1969?
Jika tidak, tidak ada sebab kenapa keangkuhan dan kekejaman DAP harus menyentuh sensitiviti semua Cina-cina Malaysia. Dan tidak ada sebab kenapa mereka semua harus memboikot Tanda Putera.
Namun, kita sendiri tahu jawapannya iaitu Cina-cina Malaysia tidak mungkin akan menonton filem Melayu tidak kira sama ada ia adalah filem yang menyentuh sensitiviti mereka atau tidak, kerana mereka sememangnya masih bernafas dengan roh komunis DAP tahun 1969.
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
20 hours ago
Post a Comment