Home » » Selangor ; "Little Casino" Bercambah Di Klang !! Kerajaan Pakatan Haram Buta?!!

Selangor ; "Little Casino" Bercambah Di Klang !! Kerajaan Pakatan Haram Buta?!!

Written By Unknown on 13/09/2013 | 10:30 pm


Kawasan Pelabuhan Klang dan Pandamaran di Klang, Selangor menjadi tumpuan pengusaha pusat snooker dan judi siber haram menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka.
Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, situasi itu berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap pusat snooker dan judi siber di situ.
“Kawasan sekitar Pelabuhan Klang dan Pandamaran sememangnya menjadi tumpuan pemilik hiburan sama ada pusat snooker dan judi siber secara haram.
“Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi daripada pekerja warga asing dan penduduk tempatan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Andry Arman memberi jaminan MPK akan memperhebatkan risikan dan tindakan bagi menangani kegiatan tidak bermoral tersebut.
Tegas beliau, pemilik pusat snooker dan judi siber haram akan dibanteras habis-habisan dalam usaha MPK membersihkan kegiatan yang boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat itu.
Terbaharu, katanya, MPK menyerbu sebuah pusat snooker yang beroperasi secara haram di sini dalam satu operasi baru-baru ini.
Menurutnya, pusat snooker itu turut dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian berasaskan pusat siber yang menawarkan ganjaran menarik buat pelanggan.
Beliau turut mendedahkan taktik premis tersebut menyediakan pintu rahsia kepada pelanggan bagi membolehkan mereka berjudi.
“MPK merampas sebanyak 68 set komputer dan 25 set bola snooker daripada premis ini.
“Tindakan diambil di bawah  Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001) kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen,” katanya.

foto hiase..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger