Syarat Berkempen atau Etika Berkempen sila klik d SINI.
Kalau aakj tengok jumlah tu maka ianya satu jumlah yang terbesar yang pernah terjadi dalam Pemilihan UMNO kali ini..ye lah sebab lantai demokrasi UMNO sudah d perbesarkan. Tiada lagi sistem pencalonan atau mengikut quota seperti dulu..sekarang semua ahli UMNO yang cukup syarat maka layaklah beliau bertanding d mana peringkat yang dia rasa sesuai bagi dirinya.
Persoalan yang aakj nampak walaupun jumlah tepat aakj tak dapat yang bertanding d Selangor contohnya..kalau tengok pada syarat yang terkandung pada buku Etika Pemilihan UMNO 2013 ; Antara syaratnya ;
2.6 Majlis dan Pertemuan
2.6.1 Tidak boleh menganjurkan samada secara langsung atau tidak langsung sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan Ahli-ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon kecuali yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan/ atau Jawatankuasa Penyelaras Pemililhan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri.

-Cukup ke UMNO Malaysia maupun UMNO Negeri nak anjurkan untuk satu-satu Bahagian kalau hanya sekali je d buat?
-Pernahkah kita fikir..ada perwakilan yang datang dari jauh atau perwakilan dari kampung atau kawasan yang jauh dari tempat Program Pengenalan Calon d buat. Apakah sihat budaya Melayu rakyat datang mengadap pemimpin kawasan atau apakah salah pemimpin turun padang jumpa rakyat? Inikan budaya yang kita amalkan sejak dari dulu..Budaya Melayu !
Bagaimana pula dengan syarat yang sebelum dari syarat yang aakj letak d atas ini ;
2.5 Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi
2.5.1 Bagi peringkat Majlis Tertinggi, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat pemilihan parti kecuali untuk majlis penerangan dan/ atau kempen yang dianjurkan di bawah seliaan Ibu Pejabat UMNO Malaysia.
2.5.2 Bagi peringkat Bahagian, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat pemilihan parti kecuali yang dianjurkan di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

- Benarkah ayat atau klausa "Bagi peringkat Majlis Tertinggi, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya..."..apakah Calon yang berpotensi dan yang ada wawasan tidak boleh mengempen untuk diri mereka sendiri?
- Bagaimana cara mereka nak turun padang jumpa perwakilan dan perkenalkan diri untuk bertanding?
Malah Calon yang tawarkan diri untuk bertanding juga nampak tersepit..d ikat kaki dan tangan dan mulut d sumbat kain buruk bila kita amati klausa ini :
2.3 Penerbitan dan Penggunaan Media Massa, Elektronik atau Internet
Tidak boleh menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti dalam pemilihan parti.

-Apakah salah kalau calon letak fotonya d medium maya seperti Facebook atau twitter miliknya atau blog?
- Apakah sahabat atau rakan Calon juga tidak d benarkan tulis sokongan terhadap calon tersebut?
Aakj mohon budi pertimbangan pucuk pengurusan UMNO Malaysia menimbang semula tentang syarat yang telah d keluarkan d atas..berkenaan dengan RASUAH memang aakj sokong ianya akan musnahkan Parti UMNO tapi kelonggaran pada Calon untuk bertemu mata dengan perwakilan wajib d benarkan. Kali ini bukan sedikit yang tawarkan diri..we choose best among the best kata Tok Guru aakj..
Kita nak pemimpin yang mampu bawa UMNO menuju PRU yang seterusnya..kita nak kenal dan nak pilih yang berwawasan..mohon sangat-sangat pertimbangkan.
Buat apa kita buat undang-undang dan akhirnya ahli langgar atau buat secara sembunyi-sembunyi..Lantai demokrasi telah d luaskan..bendung KEMPEN NEGATIF saja..maaf kalau aakj silap tafsir undang-undang dan syarat pertandingan kali ini..
Untunglah Calon yang d kenali...selalu keluar TV..selalu masuk paper..selalu keluar dalam mana-mana berita termasuk media maya..calon baru?
Jangan kerana undang-undang dan syarat ini maka kita akan d tertawakan sudahlaa...
Wallahhualam...
UNDILAH AMBO CALON NO...hehehe..opsss tak leh bagitau..salah nanti..cak !!
Sahabat aakj pun ada juga utarakan pandangan beliau d SINI

Post a Comment