Home » » Sah : RON95 Naik 20 Sen

Sah : RON95 Naik 20 Sen

Written By Unknown on 02/09/2013 | 6:42 pm


HARGA minyak RON95 naik RM0.20 tengah malam ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula adalah pada Disember 2011 apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.
Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu.

Secara amnya kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol.
Ia hasil pemberian subsidi besar kepada petrol dan diesel termasuk gas memasak oleh kerajaan.

Daripada sebanyak 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya.

Kerajaan memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel serta 90 sen untuk setiap liter petrol RON 95.

Untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter, bukannya RM2.74.
Begitu juga harga petrol RON95 yang mana rakyat hanya perlu membayar RM1.90 seliter. Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON95 sepatutnya RM2.80 seliter




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger