Home » » Restoran Pelita Halal, Dikendalikan Orang Islam

Restoran Pelita Halal, Dikendalikan Orang Islam

Written By Unknown on 10/09/2013 | 10:30 pm


Sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan rangkaian restoran mamak popular, Pelita Nasi Kandar adalah dimiliki oleh seorang beragama Hindu.
Ini berikutan perkongsian gambar salah seorang pemegang saham restoran mamak terkenal itu, Datuk D. Ramesh yang hadir pada majlis pecah tanah pembinaan sebuah kuil di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tampil menjelaskan perkara sebenar, salah seorang rakan kongsi dan juga pemegang saham Pelita Nasi Kandar, Ustaz Shamsuri berkata, “kini terdapat tujuh orang pemegang saham (rakan kongsi). Enam daripadanya Muslim dan seorang India.
“Buat masa ini saya telah dipilih sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat ini. Di Pelita Nasi Kandar, rakan kongsi yang bukan Islam ini ditugaskan sebagai Pengurus Akaun, sesuai dengan kebolehannya,” katanya.
Ustaz Shamsuri juga melahirkan rasa kesalnya di atas fitnah yang mengatakan tauke restoran itu adalah seorang Hindu, ayam yang dihidangkan tidak disembelih serta pelbagai isu lain lagi yang dilihat dapat memburukkan imej serta reputasi restoran yang mula beroperasi sejak 1994 itu.
Dia turut menambah, seramai 800 pekerja India Muslim yang bekerja di situ dengan lima daripada mereka menghafaz Al-Quran dengan baik.
Jadi, ternyata Pelita Nasi Kandar dikendalikan oleh orang Islam dan seeloknya kita tidak mendengar fitnah daripada mana-mana pihak berhubung isu ini ya.
Diharapkan penjelasan Ustaz Shamsuri dapat menjawab persoalan semua pihak di luar sana.

Aakj pernah keluarkan artikel berhubung isu yang agak tegang ketika itu kerana salah seorang pemegang saham hadir d upacara pecah tanah sebuah kuil seperti yang d jelaskan d atas..aakj linkkan cerita tersebut dari sahabat blogger yang lain dan akhirnya Restoran Pelita tampil menjelaskan perkara yang sebenar d ruang komen blog aakj dan atas rasa tanggung jawab maka aakj keluarkan pengakuan berani Restoran Pelita tersebut..cerita penuh d SINI.

Antara yang d sebut dalam ruang komen blog aakj ;
KENYATAAN AKHBAR OLEH ANSARCOMP (M) SDN BHD

Posted by AnsarComp M Sdn Bhd on Sunday, 14 October 2012 in JAKIM Halal

• Adalah wajib bagi setiap individu Muslim untuk makan makanan yang baik dan sihat bagi mengelakkan semua yang dilarang seperti yang diperintah oleh Allah dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 88.

• Pengalaman bekerjasama dengan Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. (Nasi Kandar Pelita Sdn. Bhd.) selama lebih kurang 2 bulan : Pihak Pelita telah memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama yang baik untuk memastikan permohonan Sijil Halal ini mematuhi keperluan seperti yang dikehendaki oleh Agama Islam.

• Kami berurusan dengan pihak Pelita dari peringkat pengarah syarikat sehinggalah kepada pekerja seperti Dato’ Shamsuri Ahmad (ahli lembaga pengarah yang juga pengerusi eksekutif syarikat) En. Azeem Qusyairi (ahli lembaga pengarah) dan En. Uswath Khan (ahli lembaga pengarah) dan juga Eksekutif Halal bagi rangkaian restoran-restoran Pelita seperti En. Nazreen, En. Rafikul dan En. Anuar.
Ringkasan lanjut mengenai isu Halal Restoran Pelita Nasi Kandar :
• Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd. (Restoran Nasi Kandar Pelita) telah melantik pihak AnsarComp sebagai konsultan bagi mendapatkan sijil Halal JAKIM di mana projek telah bermula pada 1 Mac 2012.

Sambungannya seterusnya klik d SINI..
Kepada pihak Restoran Pelita..aakj puji tindakan berani anda menjelaskan dengan segera kekeliruan yang wujud ketika itu..anda jauh lebih berani dari "Kopi Putih Bandar Tua"...hehe






Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger