Bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini
dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.
Individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu. Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan
Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia
menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.
Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat
untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.
“Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi.
Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat,” katanya.
Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.
Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan,
rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.
Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank,
Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.
Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri
Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk
Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di
Putrajaya pada 26 April lepas.
Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepadaaktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram ‘ah long’dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.
Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan
anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik dinegara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.
Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu
perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.
“Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap
ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram,” katanya. — BERNAMA
gambar hiasan
Post a Comment