Kisah seorang anggota trafik berhati mulia yang membantu seorang gadis bernama Phyllis Kong bukan saja mendapat perhatian luarbiasa Rakyat Malaysia..malah mendapat perhatian PM Najib sendiri..
Anggota trafik tersebut membantu Phyllis menukar tayar keretanya yang pancit di Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut membantu Phyllis menyelesaikan masalah tayar simpanannya yang bermasalah walaupun terpaksa mengorbankan tenaga dan masa dari satu lokasi ke satu lokasi.
Phyllis yang terharu dengan pertolongan anggota trafik tersebut telah merakamkan penghargaan di laman Facebook sekaligus mendapat perkongsian luar biasa. Salah satu laman yang turut mengepos kembali status Phyllis adalah Facebook Friends of BN – Barisan Nasional.
Di situ siapa sangka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membaca status Phyllis lalu turut memberikan pujian kepada anggota trafik berkenaan.
Najib menulis komen, ‘Terima kasih atas komitmen diberikan. Syabas atas perkhidmatan terbaik demi rakyat.’
Wah, sudah pasti anggota trafik berkenaan berbesar hati menerima pujian daripada pemimpin nombor satu. Pada masa sama, PDRM juga dapat kredit atas perkhidmatan terbaik anggotanya. Tahniah!
Aakj ; Polis juga yang bantu..emmm
-mynewshub
Post a Comment