Home » » Pengganas Sulu Culik Nelayan Di Pulau Mabul?

Pengganas Sulu Culik Nelayan Di Pulau Mabul?

Written By Unknown on 04/09/2013 | 3:00 pm


Bukan Diculik, Cuma Ditahan Sebelum Dilepaskan - ESSCOM

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mantek menafikan berlaku kes penculikan nelayan di Pulau Mabul, Sabah seperti yang dilaporkan sebuah portal akhbar hari ini.

Sebaliknya beliau berkata, dalam kejadian semalam di tengah laut antara Pulau Denawan dan Mabul, dua nelayan ditahan oleh individu yang menaiki bot pancung.

“Mangsa bukan diculik tetapi ditahan dan dilepaskan dalam tempoh 24 jam. Tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau juga mengesahkan kumpulan itu tidak ada kaitan dengan tentera Sulu.

Portal akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan sekumpulan 20 lelaki bersenjata menculik seorang nelayan dan diarah menunjukkan mereka ke sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul tetapi nelayan itu sebaliknya membawa mereka ke sebuah kem tentera.

Mohamad berkata, laporan polis daripada mangsa mengenai kejadian itu telah dibuat dan motif kumpulan itu bertindak demikian serta jumlah keanggotaan dalam siasatan.

Beliau berkata, polis sedang mengesan kumpulan itu dan rondaan pasukan keselamatan telah dipertingkat termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis marin. – Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger