Home » » Mahfuz Omar Kemampuan Polis Kendali AES

Mahfuz Omar Kemampuan Polis Kendali AES

Written By Unknown on 21/09/2013 | 5:00 pm


Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mempertikaikan keputusan kerajaan menyerahkan pelaksanaan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, sejak tahun 1995 PDRM telah dibekalkan pelbagai peralatan canggih dan berteknologi tinggi termasuk kamera perangkap laju tetapi kadar kemalangan tetap meningkat.
“Dari tahun 1995 dan sehingga tahun 2012 jumlah sebanyak 124 unit di mana 85 unit model Laser Digicam yang bernilai RM173,925 seunit dan model Laser Trucam berjumlah 39 unit bernilai RM223,500 seunit.
“Bagaimanapun kadar kemalangan tidak menurun malah meningkat mendadak walaupun dibekalkan dengan kamera berteknologi tinggi. Malah PDRM gagal menguruskan saman yang telah mereka keluarkan sehingga keluar cadangan membatalkan lesen memandu bagi 1.7 juta pemilik saman tertunggak,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Mahfuz yang juga pemimpin PAS mempersoalkan kewajaran kerajaan menyerahkan pelaksanaan AES kepada PDRM dengan mempertikaikan kemampuan PDRM menguruskan AES dengan lebih baik.
“Adakah selama AES dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah gagal menjalankan tugas mereka dalam operasi AES sehinggakan perlu diserahkan kepada PDRM,” soal beliau.
Media pada 14 September lalu melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelaksanaan operasi AES daripada syarikat pengendali telah diambil alih oleh PDRM.
Sebanyak 14 kamera AES beroperasi sejak sistem itu dikuat kuasa September 2012 dan setakat 11 Jun lalu, kerajaan mengeluarkan 673,339 saman dan mengutip kompaun sekitar RM20 juta. – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger