Home » » Laporan Palsu ; Foto Kuil Hindu Berusia 101 Di KL Tidak Di Robohkan !!

Laporan Palsu ; Foto Kuil Hindu Berusia 101 Di KL Tidak Di Robohkan !!

Written By Unknown on 02/09/2013 | 9:00 am

20130901 154417

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak merobohkan kuil di Jalan P. Ramlee di sini sebaliknya mereka cuba mengalihkan beberapa patung di dalam kuil itu ke kawasan sementara bagi membolehkan kerja membaik pulih jalan di kawasan kuil itu dilakukan.
Justeru, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad menafikan laporan sebuah portal yang melaporkan DBKL cuba merobohkan kuil berusia 101 tahun itu.
"DBKL cuma nak alihkan patung di kuil itu, bukan nak robohkan.
Kalau dah siap (kerja membaik pulih), patung itu akan diletak semula di tempatnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Zainuddin mengulas penahanan lapan lelaki termasuk Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan T.Mohan kira-kira 11 pagi tadi kerana dipercayai cuba menghalang kerja-kerja DBKL itu.
Kesemua mereka diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan petang tadi.
"Kita percaya ini adalah salah faham antara kumpulan lelaki itu dan DBKL.
Mereka mungkin menyangka DBKL hendak merobohkan kuil tersebut,” jelasnya. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger