Home » » Kerajaan Tidak Boleh Halang Abu Mayat Chin Peng Di Bawa Pulang : Kalau Tidak Arif Baik Wan Junaidi Diam

Kerajaan Tidak Boleh Halang Abu Mayat Chin Peng Di Bawa Pulang : Kalau Tidak Arif Baik Wan Junaidi Diam

Written By Unknown on 23/09/2013 | 11:23 am


wanjunaidi
Bekas Senator dan seorang peguam terkemuka, Dato Idris Buang hari ini mempertikai kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa kerajaan tidak boleh menghalang jika abu mayat Chin Peng di bawa pulang.

Menurut portal berita pro-pembangkan, Malaysian-insider.com, Wan Junaidi dilaorkan berkata jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.

“Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

“Saya tidak boleh bayangkan. Saya tidak tahu undang-undang mana boleh halang mereka,” tambah Wan Junaidi yang pernah memerangi komunis semasa darurat di Sarawak.

Beliau mengatakan jika terdapat undang-undang sekalipun, sukar bagi kerajaan untuk menghalang seseorang untuk membawa abu masuk ke dalam negara.

Bagaimanapun kenyataan Wan Junaidi ini hari ini diulas oleh Dato Idris Buang dalam Facebook milik  O.h. Suheili.


Dato’ Idris Buang ..Assalamualaikum. Seperti di minta oleh sdr o.h.suheili ” With due respect” kepada semua termasuk Timbalan Menteri KDN. Pendapat saya begini….
Kita ada undang2 mencegah kemasukan apajua anggota badan orang mati termasuk abu si mati menerusi Prevention and Control of Infectious Diseases (Importation and Exportation of Human Remains, Human Tissues and Pathogenic Organisms and Substances) Regulations 2006 – P.U.(A) 182/2006…..http://www.newcljlaw.com/…
Regulation atau Peraturan tersebut di buat di bawah satu Akta parlimen bernama ACT 342. PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988. Sila rujukhttp://www.moh.gov.my/attachments/1193Tujuannya ialah supaya tiada sesiapa boleh membawa masuk mana2 mayat manusia atau bahagiannya termasuk abu mayat TANPA KEBENARAN atau permit seorang ” authorised Officer” ( pegawai yang berwajib) yang di lantik di bawah undang2 tersebut, Mengikut pengertian saya, selain dari syarat yang di kenakan oleh Pegawai yang berwajib tersebut, syarat2 boleh juga di kenakan oleh Ketua Pengarah.
Sebelum itu pihak waris yang hendak membawa masuk juga perlu mendapatkan kebenaran dari Kedutaan Malaysia di Thailand. Dengan senario Akta atau undang2 dan Peraturan tersebut, abu Chin Peng tidak boleh di bawa masuk tanpa permit ataupun kebenaran oleh Pegawai berwajib . Jika Ketua Pengarah tertentu yang meminta syarat yang mengatakan dengan khusus mayat atau anggota badan si mati tidak boleh di bawa masuk jika kemasukannya akan membawa huru hara atau pecah ketenteraman awam atau atas sebab2 keselamatan dlm negeri seperti di kehendaki oleh KDN atau Kerajaan Malaysia by executive order , maka , tiada permit boleh di keluarkan.
Itu saja pendapat saya…KITA MASIH BOLEH MENOLAK ABU MAYAT CHIN PENG DARI MASUK SECARA TERBUKA . Kalau ianya di seludup maka si penyeludup berisiko di dakwa di mahkamah di bawah Seksyen 9 Akta tersebut dan di hukum maxima 2 tahun penjara atau/ dengan denda sekali dibawah Seksyen 24 Akta yang sama. Sekian , terima kasih.
www.newcljlaw.com
(1) No person shall import or export human remains or any part thereof unless with the approval of an authorized officer.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
9/23/2013 5:04 pm

ini menteli manyak cakap saje....baca tarak...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger