Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan semua makanan yang dijual di semua outlet anggotanya tidak akan dinaikkan.
Presidennya Noorul Hassan Saul Hammed dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata harga makanan dan minuman masih belum terjejas dan pada masa ini Presma menggunakan pendekatan ‘tunggu dan lihat’ berhubung isu itu.
“Buat masa sekarang, Presma akan mengekalkan harga seperti biasa, tetapi tindakan yang sewajarnya akan diambil jika pengedar dan pembekal meningkatkan harga mereka,” katanya.
Sehubungan itu, Noorul Hassan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Syed Ibrahim Kader kepada akhbar tempatan tentang kenaikan harga makanan dan minuman.
Pada Isnin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
- Bernama
Post a Comment