Makin hampir dengan pemilihan pucuk pimpinan parti makin kelam kabut kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin Pas yang merasakan diri mereka bakal d penggalkan oleh perwakilan yang bakal memilih.
Dalam seminggu ni..semua nampak kelam kabut bila Nik Aziz yang baru saja keluar hospital, terus keluarkan kenyataan politik d kuliah yang d katakan kuliah agama..huhu..sempat lagi tu berceloteh..berkempen tang jawatan dalam kuliah yang kononnya kuliah buka kitab.
Ahli kat bawah dah mula cuak..penyokong Mat Sabu dah mula angin..malah 'team anwarinas' yang d katakan menguasai pucuk pimpinan Pas mula naik angin..naik minyak bila Ketua mereka, Mat Sabu seolah d sembelih tanpa belas kesian.
"..habis kami dari golongan profesional ni nak letak d mana?" - penyokong Anwarinas
Ada yang melontarkan kemarahan mereka d medium Facebook dan twitter dan tak kurang juga penulis-penulis blog yang pro Mat Sabu mula tunjukkan rasa tak puashati seolah Pas mula kembali Kempen Kepimpinan Melalui Ulama.
"..Pas d lihat gunakan kami hanya untuk SATU UNDI sahaja..dan akan gunakan kami semula bila menghampiri PRU14 nanti..tengoklah kalau tak percaya.." - luahan hati kumpulan profesional yang menyokong Pas selama sepenggal yang lalu.
Menurut mereka lagi, Pas silap besar kiranya menafsirkan bahawa keputusan PRU13 baru-baru ini adalah hasil dari slogan Islamik yang mereka canangkan.."..Pas menang kerana UNDI DAP bukan kerana Ulama yang jadi Calon.." sambung sumber lagi.
Mereka berkempen kononnya golongan profesional bakal d beri tempat tertinggi dalam pucuk pimpinan Pas, namun akhirnya Nik Aziz berpolitik lagi sekali bila dengan mudah berkempen agar CALON TIMBALAN PRESIDEN datang dari golongan Ulama !!!
Strategi kononnya WAJIB beri laluan pada golongan ulama untuk memimpin adalah strategi nak selamatkan Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri dari kalah kiranya ada pertandingan. Nik Aziz d lihat masih dan ingin kekal sebagai Mursidol Am Parti..kenyataan beliau sokong Hadi Awang sebenarnya adalah kenyataan nak selamatkan kedudukan beliau sendiri.
"..dalam parti cakap macam berdosa kalau tak pilih ulama sebagai pemimpin..tapi bila dalam pakatan, tak pula bersuara supaya pemimpin Pas yang jadi Ketua Pembangkang.." - sumber bilik gerakan pakatan haram.
..bersambung...
Post a Comment