Home » » Foto Pemimpin Pas Celaka Naik Keretapi 18 Jam Untuk Hormat Mayat Chin Peng !!

Foto Pemimpin Pas Celaka Naik Keretapi 18 Jam Untuk Hormat Mayat Chin Peng !!

Written By Unknown on 25/09/2013 | 12:30 am





MELAINKAN Mat Sabu, majoriti pemimpin PAS yang lain seboleh-bolehnya tidak mahu dikaitkan dengan komunis. Mat Sabu pun, walaupun bersungguh mengatakan Mat Indera (komunis) yang mengetuai serangan di balai polis Bukit Kepong sebagai wira negara, cuba menghadkan sokongan itu ke atas batang tubuh Mat Indera semata-mata, bukan pada idealogi yang dipegangnya.

Untuk menambah lagi bukti ke’anti’an PAS terhadap komunis, PAS meletakkan calonnya bertanding di Kota Damansara walaupun telah diputuskan bahawa calon PKR (dari Parti Sosialis Malaysia – PSM), Dr. Nasir yang akan bertanding disitu kerana PAS tidak setuju dengan idealogi PSM yang dikatakan mirip komunis.

Bukti adalah seperti dalam video disini. Jadi jelas disitu PAS menentang komunis, tidak ada dakwa dakwi lagi.

Tetapi sekarang calon PAS bagi DUN Sungai Tiang, Kedah dalam PRU13 yang lepas, Fadzil Baharom mewakili PAS di upacara memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng di Thailand, apa agaknya kata PAS? Yang lebih penting lagi, apa PAS akan buat pada orang ini?

Kalau Hadi sanggup ada pertindihan kerusi kerana bimbang pengaruh komunis dalam Pakatan haram pembangkang dalam PRU13 yang lepas, sekarang apa komen dia bila ada ahli partinya sendiri yang terang-terang menyatakan sokongan terhadap Chin Peng, malah memuliakan kematian pengganas komunis tersebut dengan memberikan penghormatan terakhir?

Jangan bodohkan rakyat dengan mendakwa kunjungan tersebut adalah bersifat peribadi serta tidak mewakili PAS mahupun Pakatan haram pembangkang. Awak calon PAS semasa PRU13 lepas, kalau awak bukan mewakili pembangkang, kita nak katakan apa lagi?

Chin Peng dan komunis adalah satu. Tidak pernah sekali Chin Peng mengatakan bahawa dia telah menggugurkan idealogi komunis itu walaupun setelah perjanjian damai 1989 dimeterai. Menyokong Chin Peng bermaksud menyokong komunis, period, selesai,jangan nak konar tang lain.

Anehnya, sama seperti pemimpin DAP dan PKR yang menziarah mayat Chin Peng sebelum ini, kenapa penghormatan sedemikian diberikan kepada Chin Peng sedangkan negara kita ada ramai wira tapi tidak diberikan penghargaan yang serupa oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ni?

Lahad Datu saja ada 10 wira, Bukit Jenalik ada 2 wira, semalam di Melaka pun, satu wira lagi terkorban kerana dihentak kepalanya dengan batu oleh penjenayah yang diburunya, kenapa yang ini pemimpin pembangkang tidak beri penghormatan sewajarnya, kenapa komunis?


Bercakap tentang anggota polis yang terkorban semalam, tidak pula kita lihat peguam-peguam pembangkang membawa pengikut menyerbu balai polis untuk menyatakan kesedihan dan simpati? Tapi bila gangster 04 mati kena tembak, peguam DAP R.S.N Rayer boleh pulak mengamuk-ngamuk depan balai, kenapa?

Penulis dengan ini menunggu tindak balas seterusnya PAS terhadap calon pilihanrayanya ini. Jika tidak ada tindakan, maka jelaslah PAS pun layak dianggap sebagai penyokong komunis juga dan pihak berkuasa layak menyiasat sama ada PAS turut bersekongkol dengan komunis dulu.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger