Home » » Foto Kemalangan Maut Di Perlumbaan Motorsikal Super Siri Malaysia

Foto Kemalangan Maut Di Perlumbaan Motorsikal Super Siri Malaysia

Written By Unknown on 22/09/2013 | 12:00 pm





PERLUMBAAN pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dibatalkan semalam.
Ia gara-gara satu kemalangan yang berlaku di litar tersebut sehingga meragut nyawa seorang marshal perlumbaan dan mencederakan seorang pelumba pada sesi latihan.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, mangsa, Satish Suppiah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan serius di kepala.
Insiden tersebut berlaku apabila seorang pelumba, Mohd. Izzat Mohd. Abdul Hakin, 17, yang beraksi dalam kelas 250cc dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar Satish yang berada di tepi litar tersebut.
Mangsa kemudian dirawat oleh pasukan perubatan di litar tersebut sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Izzat turut dilaporkan cedera parah di kepala dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali menjelaskan insiden maut yang kali kedua berlaku dalam masa tiga tahun di litar tersebut adalah sesuatu yang amat menyedihkan bagi arena sukan permotoran negara.
“Ini adalah satu berita yang amat menyedihkan dan mendukacitakan.
“Malah, ia juga kali kedua berlaku selepas insiden yang menimpa pelumba MotoGP, Marco Simoncelli pada tahun 2011.
“Saya difahamkan insiden ini terjadi di laluan yang lurus dan bukan di selekoh tajam atau sebagainya serta turut mencederakan seorang pelumba muda kita yang ketika ini saya dengar agak parah juga keadaannya.
“Bagaimanapun, saya rasa ia adalah satu peringatan kepada kita bahawa sukan permotoran adalah satu sukan yang berbahaya dan tidak boleh dipandang mudah.
“Saya bersimpati terhadap semua keluarga mangsa dan berharap pelumba muda kita yang cedera itu dapat diselamatkan,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, dalam satu kenyataannya, SIC menjelaskan bahawa susulan daripada insiden tersebut, pegawai perlumbaan dan pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan terus saingan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan esok.
Insiden itu juga masih lagi dalam siasatan polis dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) manakala tarikh baharu bagi perlubaan pusingan keempat MSS 2013 akan diumumkan tidak lama lagi.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger