Suspek bagaimanapun ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis dan ketika ditahan, suspek bertindak agresif bagaimanapun dinasihatkan supaya mengikut arahan diberikan polis kepadanya.
Ibu suspek yang bimbang keselamatan ahli keluarga lain kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim kira-kira jam 7 petang kelmarin.
Menurut mangsa, suspek selalu mengamuk di rumah dan akan meminta wang dari mangsa atau adik-beradik yang lain.
Katanya, suspek akan bertindak lebih ganas mengugut mereka dengan menggunakan parang dan pisau sekiranya enggan menuruti kehendaknya dan suspek yang bekerja sebagai pembantu kantin pernah mencederakan ahli keluarganya.
“Anak saya itu merupakan seorang penagih dadah. Dia pernah memukul adiknya sehingga cedera dan lebam. Kami bimbang dengan ugutan yang sering dibuat terhadap kami.
Apabila kehendaknya tidak dituruti, suspek akan bertindak ganas dan mengambil parang dan pisau untuk mengugut untuk mencederakan kami sekeluarga sekiranya tidak mematuhi arahannya.
“Bimbang berlaku kejadian lebih buruk pada masa akan datang, saya terpaksa membuat laporan polis bagi memastikan kami tidak terancam. Ini bukan kali pertama suspek mengugut kami malah ia sering dilakukannya,” katanya.
Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian air kencing dan siasatan awal mendapati dia positif dadah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum ini suspek pernah ditahan kerana mengamuk dengan menggunakan parang .
Katanya, ketika polis tiba ke rumahnya, suspek melarikan diri dengan menyorok di atas siling rumahnya.
“Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati suspek membawa pisau dan gunting bersamanya bertujuan untukmencederakan orang lain. Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek dan mengarahkannya untuk bekerjasama.
“Suspek akan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Merbahaya 1957 kerana memasukkan dadah ke dalam badan manakala kesalahan kedua akan ditentukan oleh pegawai penyiasat kerana mengugut ahli keluarga dengan menggunakan senjata tajam,” katanya.
Post a Comment