Home » » Duit Rakyat : Kerajaan Selangor Bawa Exco Meeting Di Bangkok !!

Duit Rakyat : Kerajaan Selangor Bawa Exco Meeting Di Bangkok !!

Written By Unknown on 20/09/2013 | 3:00 pm


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dituntut memberi penjelasan kewajaran kerajaan negeri mengadakan mesyuarat exco dan permukiman di Bangkok, Thailand bermula Rabu.

Akhbar Berita Harian melaporkan sumber di pejabat menteri besar memberitahu permukiman itu telah diatur lebih dua minggu lalu.

Sumber itu juga menafikan permukiman itu ada kaitan dengan kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

"Ia sudah dirancang pejabat Dewan Undangan Negeri. Selain menteri besar dan exco, setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Penasihat Undang-undang Negeri Datin Paduka Zauyah T Loth Khan, dan Pegawai Kewangan Datuk Noordin Sulaiman turut menyertai program itu di sana.

"Mesyuarat MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) serta mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) juga diadakan di sana Rabu dan semalam. Abdul Khalid dijangka pulang ke tanah air esok,(hari ini)" kata sumber dalam laporan itu.

Yang Dipertua PERKASA Selangor Abu Bakar Yahya berkata Khalid perlu memberi penjelasan berhubung maksud tersirat program 'retreat' yang bermula Rabu.

"Penjelasan itu penting bagi menafikan dakwaan mereka pergi ke sana juga bertujuan menziarahi mendiang Chin Peng, yang mati Isnin lalu.

"PERKASA Selangor berharap pemergian mereka ini tiada helah lain. Apapun biar rakyat menilai sama ada benar-benar untuk rakyat negeri ini atau sebaliknya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Dalam laporan yang sama, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor Datuk Sohaimi Shahadan mempersoal keperluan tindakan kerajaan negeri itu dan menganggap tindakan tersebut langsung tiada keperluan. 

"Abdul Khalid perlu perjelas kerana sebelum ini beliau mendabik dada kononnya menguruskan belanjawan berhemat. Lawatan seperti itu pasti membabitkan implikasi kewangan kerana pegawai kerajaan negeri juga turut dibawa.

"Di mana punca kewangan untuk lawatan itu kerana jika tidak, ia pasti dianggap membazirkan wang rakyat," katanya.


-utaranews

foto d atas tu hiasan je..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger