Home » » Demi Mat Sabu Istilah 'Ulama" Di Kaji Semula?

Demi Mat Sabu Istilah 'Ulama" Di Kaji Semula?

Written By Unknown on 14/09/2013 | 11:00 am



Kenyataan Nik Aziz bahawa PAS perlu melantik Ulama sebagai Timbalan Presiden dilihat sebagai isyarat jelas untuk menyingkirkan Mat Sabu dan yang seangkatan dengannya dalam pemilihan PAS yang akan datang.   Namun, Mat Sabu pantas menafikannya dengan memberi alasan bahawa semua di dalam PAS adalah Ulama.   Apa yang menarik ialah Nik Aziz kemudiannya bersetuju dengan alasan Mat Sabu iaitu semua ahli PAS adalah Ulama.

Rakyat Malaysia yang waras tidak pernah mengambil Mat Sabu secara serius.  Mat Sabu adalah di antara personaliti politik di Malaysia yang dipandang sebagai badut.  Bukan sahaja kerana kelayakan akademik rendah, tetapi lebih kepada sikap, perwatakan dan peradaban yang kurang sesuai untuk diletakkan sebagai seorang yang terhormat walaupun bergelar ‘Yang Berhormat’.   Tuturkata yang kotor, mencarut, memaki hamun, kasar dan bongkak adalah sifat-sifat manusia tidak beradab. 

Sebenarnya, perwatakan badut politik ini ada di mana-mana tanpa mengira parti.  Badut-badut politik sering ke hulu ke hilir merasakan diri mereka hebat dan dipandang tinggi tanpa menyedari betapa masyarakat mencemuh mereka kecuali yang sama hina dengan mereka.  Mereka adalah manusia-manusia yang berada di dalam keadaan tidak sedar hakikat kejadian dan kesudahan hidup, tetapi percaya bahawa diri mereka telah berada di puncak kejayaan serta dicemburui ramai. 

Adab di letakkan di tempat paling tinggi dalam Islam.  Manusia yang tidak beradab adalah hina walaupun beliau tidak menyedarinya.   Lebih-lebih lagi yang menjadi pemimpin tetapi tidak beradab, serta lebih teruk lagi apabila terlibat pula dalam skandal seks.   

Malangnya, manusia beginilah yang diangkat oleh PAS menjadi Timbalan Presiden iaitu bakal pengganti Presiden! 

Apa yang lebih menggerunkan ialah Mat Sabu juga dikaitkan dengan Syiah.  Biarpun beliau tidak mengakuinya tetapi sukar untuk meraguinya kerana bukti sudah cukup nyata, iaitu melalui ucapan-ucapannya, aktivitinya dan juga tindakannya dalam satu demosntrasi suatu ketika dahulu turut mengerah orang-orangnya mengangkat poster Khomeini. 

Syiah pada hari ini sudah sanggup mengaku kafir demi mempertahanan pegangan mereka, maka jelaslah sudah bahawa mereka bukan Islam.  Justeru, di manakah kedudukan Mat Sabu pada hari ini?  

Kita faham bahawa Nik Aziz yang berpegang kepada Ahli Sunnah turut merasa gusar.  Dari situlah beliau mengungkapkan kata-kata agar Timbalan Presiden PAS wajiblah dari kalangan Ulama.  Tentunya kata-kata itu keluar dari getaran imannya yang takut berlaku kesesatan. 

Bagaimanapun, malang berganda-ganda bagi PAS apabila getaran iman Nik Aziz itu masih belum cukup untuk membelakangkan nafsu politiknya. 

Sepertimana beliau mengalah pada DAP, menutup mulut dalam isu murtad, memarahi pemimpin PAS yang mempertahankan akidah umat Islam, berdolak dalih dalam isu Kalimah Allah dan sebagainya, Nik Aziz mengalah lagi pada Mat Sabu. 

Demi tidak menyakitkan hati Mat Sabu, Nik Aziz mengangkat semua ahli-ahli PAS sebagai Ulama.

Demi Mat Sabu, Nik Aziz sanggup mentafsir semula perkataan ‘Ulama’. 

Benar, Ulama tidak semestinya orang yang berilmu dalam bidang agama.  Ulama pada zaman kegemilangan Islam adalah para saintis, pakar matematik, pakar astronomi, jurubina dan lain-lain.   Ini kerana perkataan Ulama merujuk kepada orang yang berilmu. 

Tetapi dengan mengangkat semua ahli PAS sebagai Ulama maka ia bermakna, mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke sekolah, yang tidak lulus matapelajaran agama, yang tidak habis mengaji AlQuran, yang tidak pernah belajar apa-apa kemahiran, yang berzina, yang hidup atas duit haram iaitu duit isteri kerana beliau sendiri tidak bekerja dan sesiapa sahaja, asalkan menjadi ahli PAS, maka kini adalah Ulama. 

Maka tidak hairanlah Abby Abadi dan Bob Lokman meletakkan diri mereka setaraf Ustaz dan Ustazah…

Nampaknya, kelayakan untuk menjadi ahli  ‘Persatuan Ulama’ sudah tidak ada makna lagi kerana semua ahli PAS kini boleh menjadi ahli Persatuan Ulama. Tentu menarik jika perkara ini dibawa ke pengetahuan Ulama-ulama Islam lain di seluruh dunia… 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger