21 Sept 2013...Pada tarikh keramat bagi UMNO, tarikh yang bersejarah, saat yang mana menyaksikan UMNO meluaskan lantai demokrasi dan bukti bahawa UMNO tidak ketandusan pemimpin pelapis. Di seluruh negara, serentak berlakunya pendaftaran untuk sesiapa juga Ahli UMNO yang cukup syaratnya untuk bertanding d peringkat apa juga yang d fikir sesuai "dengan badannya".
Untuk UMNO Selangor, ibupejabat parti keramat yang terletak d Shah Alam menjadi tumpuan seawal pagi. Kaunter d buka tepat jam 8 pagi dan d tutup jam 5 petang.
Semua bahagian, bukan saja d Selangor..bahkan d seluruh Malaysia menyaksikan ada ahli UMNO yang tawarkan diri untuk bertanding d pelbagai peringkat sayap. UMNO Kelana Jaya tidak terkecuali. Aakj rasa UMNO Kelana Jaya satu-satunya yang paling unik kerana KEKOSONGAN jawatan Ketua Bahagian d sebabkan Ketua Bahagiannya keluar parti dan sertai pakatan haram.
Aakj tengok akibat kekosongan tersebut menyebabkan pemilihan untuk JAWATAN tersebut tidaklah menjadikan keadaan TEGANG & BERPECAH..ye lah..tempat kosong..bukannya langgar sesiapa..
Antara yang terawal datang..Datuk Dr Tengku Rethwan, beliau menyerahkan borang untuk tawarkan diri bagi mengisi kekosongan tersebut d Pejabat UMNO Selangor, Shah Alam. Bagi ahli UMNO Kelana Jaya, nama Datuk Tengku Rethwan Tengku Mansor bukan asing lagi bagi mereka.
Kalau orang lama yang tinggal d kawasan Dun Seri Setia..mereka akan kaitkan nama Datuk Tengku dengan Klinik Sepakat..17 tahun yang lalu Klinik beliaulah merupakan Klinik Kesihatan Swasta pertama yang d buka d kawasan tersebut. Malah klnik tersebut masih wujud hingga kini.
Bukan itu saja, Datuk Tengku juga d kenali kerana beliau antara Ajk UMNO Bahagian Kelana Jaya sejak UMNO Kelana Jaya d tubuhkan. Sudah lebih 20 tahun beliau tinggal d Kelana Jaya.
"..saya tawarkan diri demi rasa penuh tanggungjawab pada Agama, Bangsa dan Tanahair.." ujar Datuk Tengku bila aakj ajukan soalan kenapa beliau tawarkan diri.
"..saya tidak kekok untuk bersama pelbagai lapisan masyarakat Melayu bandar..saya sudah bersama mereka ketika saya buka klinik d sini 17 tahun yang lalu..saya sedar Melayu bandar perlu d beri perhatian yang serius sejak dulu lagi..dan kerana itu saya berada d saf ahli jawatankuasa bahagian UMNO Kelana Jaya ketika awal penubuhannya.." sambung beliau lagi.
"..saya tidak pernah merajuk ketika nama saya d gugurkan d saat akhir ketika PRU13 dulu..bagi saya yang amat penting..kita patuh pada pucuk pimpinan parti..saya akur dengan kehendak Presiden Parti ketika itu dan mungkin ada hikmah d sebalik segalanya.." tambah beliau lagi.
"..perjuangan saya dalam UMNO bukan perjuangan untuk itu semua..kalau ikutkan nafsu amarah..keadaan begitu menyebabkan orang keluar dari parti kerana kononnya kecewa nama d tukar d saat akhir...saya bukan orangnya ! " - tegas beliau.
Bila d tanya tentang 'regu' yang akan bersama beliau dalam pemilihan kali ini, beliau dengan terbuka menyatakan Datuk Yahya Bujang dan Datuk Azman Shah.
"..Datuk Yahya Bujang akan pertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Datuk Azman Shah, calon baru untuk mengisi jawatan Naib Ketua Bahagian..mereka sudi bersama saya dan mereka juga antara pengasas UMNO d Kelana Jaya ini.." - sambung Datuk Tengku.
"..kami bergerak atas wawasan Teamwork, Transisi dan Transformasi..ingin melihat perubahan besar berlaku d penggal ini dalam kita menuju PRU14..kita kena yakin bahawa Barisan Nasional mampu menang d PRU akan datang d Kelana Jaya..perpaduan antara ahli amat penting dan itulah yang saya maksudkan dengan TEAMWORK..." - tegas Datuk Tengku lagi.
"..saya harap biarlah pertandingan mengisi tempat Ketua Bahagian ini berlaku secara harmoni..saya tidak suka cerita aib orang dan itu bukan strategi saya..saya akan berjumpa dengan semua perwakilan UMNO Kelana Jaya dan insyaAllah jumpa semua ahli UMNO Kelana Jaya..doakan agar saya menang..aminnn" Datuk Tengku Rithwan Tengku Mansor.
Karektor beliau yang bersahaja dan suka berjenaka membuatkan aakj rasa senang menemubual beliau..
"..bukan sekarang perangai dia begitu..sejak dari dulu..senang d dekati dan tidak sombong.." - celah Ahmad Afendi Hamzah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya yang juga akan pertahankan jawatannya dalam pemilihan nanti.
Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya, Datin Paduka Seripah Norli Syed Husain.." Datuk Tengku ni jenis yang senang berkira dan mudah berbicara..juga mudah tersentuh bila dengar ada orang susah..yelah dia terbawa perangai doktornya tu..dan secara peribadi saya sokong beliau.."
Datin Paduka juga turut sama mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian.
Biodata lengkap mengenai Datuk Tengku..sila klik d SINI.
Biodata lengkap mengenai Datuk Tengku..sila klik d SINI.
Turut sama menawarkan diri bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya adalah Datuk Yusuf Hanif, mantan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri..untuk makluman..Jawatan Ketua Bahagian hanya 2 orang bertanding.
Kepada sahabat aakj dari Kelana Jaya..insyaAllah aakj akan keluarkan cerita atau update dari masa ke semasa mengenai hal tempat kita ni..aakj juga kalau berkesempatan akan keluarkan nama-nama yang turut sama bertanding d pelbagai peringkat d Kelana Jaya ini..
Aakj doakan semua yang bertanding semoga berjaya..aminnn !!
...bersambung...
...bersambung...
Post a Comment