Mulataqa Ulamak Se-Malaysia PAS bersetuju dua jawatan tertinggi dalam PAS harus dipegang oleh golongan ulama.
Perkara itu antara lapan resolusi yang diluluskan perhimpunan tersebut yang berlangsung di sini, Sabtu.
Mengulas perkara berkenaan kepada pemberita kemudian, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak mendesak anggotanya dalam menentukan siapa presiden dan timbalan presiden.
“Kita amalkan sifat keterbukaan supaya mereka boleh menilai dan memilih sendiri siapa yang layak. Pintu untuk memegang jawatan ini tidak pernah ditutup kepada mana-mana anggota yang layak,” katanya yang ditemui selepas majlis penutup mulataqa itu.
PAS akan menghadapi pemilihan pucuk pimpinannya pada muktamar yang dijadualkan November ini.
Resolusi lain yang diluluskan oleh mulataqa itu termasuk meminta PAS melihat semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) bersama pakatan pembangkang, serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki PAS.
Mulataqa juga mahu ulama haraki PAS mengukuhkan gerak kerja menghadapi dan menangani pemikiran yang merosakkan umat Islam.
Aakj ; Semuanya sebab nak Mat Sabu d kapankan? kesian Mat Sabu..sejak Nik Aziz keluar dari hospital dan keluarkan kenyataan tang Ulama memimpin Pas maka nasib Mat Sabu d lihat bagaikan d hujung taik !! tuuuiHH !!
Lepas tu Nik Aziz nafikan pula..dan ada suara sumbang yang d keluarkan dengan mudahnya melabelkan semua yang dok dalam Pas adalah ULAMAK !
Kini gema slogan Kepimpinan Melalui Ulama berdengung kembali d Mulataqa Pas..kononnya nak 2 jawatan tertinggi dalam Pas, Presiden dan Timbalan Presiden kena atau harus Ulamak..
Itulah nasib ahli daan penyokong Pas yang berangan nak jadi pemimpin dalam parti paling munafik dalam dunia..sebelum PRU lain dan selepas dapat kuasa maka bunyinya lain..janji hanya untuk dapatkan UNDI bukannya nak baiki prestasi parti..
Hadi Awang tak menonjol sebagai Presiden Parti..wajib undur..terbaru..Pilihanraya Kecil Kuala Besut Pas kalah teruk..sebelum tu Terengganu terlepas kembali pada BN..seteruk ini pun Hadi Awang memimpin Pas..semuanya buat-buat tak nampak..Mat Sabu kalah d PRU13..terus nak d langgar jawatannya hahaha..opsss !!
Post a Comment