Mana tidaknya, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalan Negeri India, kejadian rogol di negara itu dikatakan berlaku setiap 20 minit.
Cuba anda bayangkan dalam tempoh 24 jam, ia boleh mencecah hingga 72 kes rogol.
Selain itu, mengikut statistik, sebanyak 75% daripada kes yang dibawa ke mahkamah, semuanya dilepaskan.
Kenapa kejadian seumpama ini terus berlaku?
Berikut adalah infografik yang memaparkan beberapa kes rogol yang mendapat liputan media antarabangsa.
- Disember 2013 - Pelajar perubatan berusia 23 tahun maut selepas #DelhiGangRape mencetuskan protes seluruh negara.
- Januari 2013 - Kanak-kanak berusia 13 tahun diculik dan dirogol selama tujuh hari di Uttar Pradesh.
- Februari 2013 - Kanak-kanak berusia 10 tahun bertindak membakar dirinya selepas dirogol secara berkumpulan di Orissa.
- April 2013 - Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang tingggal di kawasan setinggan di New Delhi dirogol dan dicacatkan.
- April 2013 - Kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dirogol dan dibuang di Madhya Pradesh.
- Mei 2013 - Kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun telah dirogol abang kandungnya hingga melahirkan bayi pramatang.
- Julai 2013 - Pelancong Switzerland telah dirogol secara berkumpulan oleh 6 orang lelaki di Madhya Pradesh.
- Julai 2013 - Seorang pelajar diculik dan dirogol secara berkumpulan di Manipal.
- Ogos 2013 - Seorang wanita mengandung berusia 20 tahun dirogol secara berkumpulan oleh 4 orang lelaki.
- Ogos 2013 - Kanak-kanak berusia 7 tahun di rogol di dalam sebuah keretapi di tengah India.
- Ogos 2013 - Kanak-kanak berusia 6 tahun dirogol di sebuah kuil di New Delhi.
-Mynewshub
+ comments + 1 comments
patut pun rakyat india ramai.
Post a Comment