Home » » Video Pendedahan Salah Laku Anwar Yang Terbaru !! Kebal Lagi Ke Mangkok Taik Ni ?

Video Pendedahan Salah Laku Anwar Yang Terbaru !! Kebal Lagi Ke Mangkok Taik Ni ?

Written By Unknown on 01/08/2013 | 5:30 pm

Yuktes Vijay

Bekas peguambela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mencabar bekas anak guamnya itu untuk menyaman dirinya yang dikatakan bakal mendedahkan dokumen bukti konspirasi Anwar.
“Suruh dia lawan. Dia (Anwar) nak suruh peguam dia saman saya? Samanlah.
“Suruh dia fikir dahulu sebelum bertindak,” jelas Yuktes dalam temubual bersama MyNewsHub selepas mengadakan satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Dalam temubual tersebut, Yuktes menjelaskan bahawa Anwar tahu siapa yang dia bakal berdepan jika bertindak untuk menyaman Yuktes.
Pada 31 Julai lalu, Yuktes telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung tindakan Anwar yang mencemarkan nama dan merenggangkan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing.
Beliau bertindak untuk membuat laporan polis berdasarkan dakwaan Anwar bahawa seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sekaligus menjejaskan keputusan pilihanraya tersebut.
Menurut beliau lagi, tindakan Anwar itu turut mengaibkan nama negara bukan sahaja di serata Malaysia malah di Indonesia ketika lawatan senegara tersebut selepas PRU13 lalu.
Bukan itu sahaja, beliau yang menyifatkan taktik Anwar dengan mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 adalah modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan.
Dalam laporan polis yang di Balai Polis Klang, Yuktes turut mengakui yang dirinya menyimpan beberapa salinan dokumen dan bukti penipuan Anwar.
“Saya mempunyai bukti-bukti yang merangkumi dua emel dalam kes liwat dia.
“Warga asing ini memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tetang kes liwat ini.
“Erti kata lain, dia (Anwar) menggunakan warga asing ini untuk memberi persepsi ini sebuah konspirasi Barisan Nasional (BN),” memetik laporan polis yang dibuat Yuktes.
Sebelum ini, Yuktes telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.
Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.
Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.
Yustes yang telah dua setengah tahun mengenali Anwar merasakan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia sedar dan tidak terus ditipu oleh Anwar.
Adakah Anwar gentar dengan segala fakta serta dokumen yang dimiliki oleh Yuktes?
Dan adakah Anwar serta peguamnya akan bertindak untuk menyaman Yuktes?
Sama-sama kita nantikan!

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger