Pelajar Tingkatan 1 yang d kenali sebagai Amira Samiran telah d tetak semasa membonceng motorsikal bersama abangnya ke Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah petang tadi.
Menurut Amira, beliau bersama abangnya ketika itu sedang menuju ke sekolah beliau. Dalam perjalanan, tiba-tiba 2 lelaki India datang dari arah belakang dengan bermotorsikal melibas beliau dengan senjata parang. Akibatnya beliau cedera d lengan dengan 13 jahitan dengan mendapat rawatan d Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Abangnya selamat dari terkena tetakan tersebut kerana terkena beg sekolah beliau. Menurut mangsa lagi, beliau dan abangnya tidak mempunyai musuh dengan sesiapa. Polis masih menyiasat motif insiden ini dan menurut Amirah lagi beliau tidak mengecam nombor plat motorsikal 2 lelaki tersebut cuma ianya jenis Honda EX5 warna hitam.
Siasatan d bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan pihak Polis berharap ianya tidak timbul sebarang spekulasi negatif akibat serangan ini.
Post a Comment