Home » » Selangor ; Pejabat Kalid Gagap Kecoh, Beliau Lari Ikut Pintu Belakang?

Selangor ; Pejabat Kalid Gagap Kecoh, Beliau Lari Ikut Pintu Belakang?

Written By Unknown on 29/08/2013 | 12:00 pm




Suasana di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor kecoh seketika apabila wakil pembeli Blok E Petaling Utama, Petaling Jaya Selatan (PJS) 1 bertegang urat dengan wakil Menteri Besar Selangor mengenai status pemilikan rumah kos rendah mereka.

Kira-kira 10 wakil pembeli yang pada mulanya berhasrat untuk berjumpa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sejak awal pagi tadi naik angin apabila Abdul Khalid tidak muncul, sebaliknya hanya Ketua Setiausaha Sulitnya Mohamad Yasid Bidin turun ke tingkat bawah dan menunjukkan sikap dingin.

“Tak payah (jumpa Menteri Besar)! Mahkamah dah putuskan kerajaan negeri kalah kepada pemaju.

“Apa-apa masalah pergi jumpa dengan pemaju,” katanya.

Apabila ditanya tentang status terkini hal pengambil alihan projek tersebut, Mohamad Yasid hilang kawalan emosi dan berkata;

“Kamu jangan masuk campur! Ini hal kerajaan negeri. Jangan halang kerja kami,” katanya dan terus berlalu pergi menuju ke bahagian lif.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS1, Sugumaran membalas; “Saya ada hak untuk bertanya sebab ini masalah kita, rumah itu hak kami.”

Respon yang ditunjukkan Mohamad Yasid itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan wakil pembeli terbabit.

“Kamu angkuh! Jika beginilah sikap yang ditunjukkan maka tidak ada bezanya kamu dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu,” teriak salah seorang pembeli sehingga menyebabkan kakitangan dan orang ramai yang berlegar di ruang lobi tergamam.

M Sugumaran ketika ditemui berkata, tujuan kedatangan pihaknya datang ke SUK hari ini untuk meminta ketetapan tarikh temujanji yang baru daripada pihak pejabat Menteri Besar.

Katanya, berdasarkan notis terakhir daripada Menteri Besar bertarikh 3 Julai menyatakan jaminan untuk berjumpa dengan mereka selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Pertama.

Namun sehingga sekarang tiada tarikh ditetapkan selepas kali terakhir pertemuan empat mata antara pembeli, Abdul Khalid, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diadakan pada 24 November tahun lalu.

Penantian mereka sedikit terubat apabila ada wakil PAS daripada Taman Medan hadir dan membawa mereka ke pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, namun masih gagal berjumpa dengan mana-mana pihak.

Sebaliknya, seorang wakil muncul keluar membawa surat respon tentang permohonan tarikh baru temu janji.

“Kami melalui MBPJ sedang berusaha mencari jalan lain bagi menyelesaikan masalah penduduk yang terlibat dikawasan tersebut.

“Berhubung dengan tarikh temu janji yang dipohon, Menteri Besar telah maklum mengenai perkara ini dan beliau atau wakil akan mengumumkan tarikh untuk menemui jawatankuasa yang tuan wakili setelah jalan penyelesaian diperoleh,” surat yang ditandatangani Muhamad Yasid itu dipetik.

Saravanan berkata pihaknya meragui status rampasan tanah itu kerana dakwanya kerajaan negeri bersikap tidak telus menujukkan bukti dokumen hitam putih tentangnya.

“Jika benar kes ini dibawa kemahkamah dan mahkamah dah tolak permohonan, mana dokumen kes itu? Tunjukkan pada kami,” katanya.

Beliau berkata jika kerajaan negeri masih terus membisu, pihaknya akan merancang untuk berkhemah depan pintu pagar utama SUK sehinga tuntutan mereka diselesaikan.



-gendangperang
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger