Home » » Sandiwara Pas : Sambut Hari Raya Dengan Anjing Tidak Hina Islam

Sandiwara Pas : Sambut Hari Raya Dengan Anjing Tidak Hina Islam

Written By Unknown on 07/08/2013 | 2:00 pm


Pas hari ini mendakwa Islam tidak terhina dengan video yang telah dimuat naik oleh pelatih anjing Maznah Yusof.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah itu tidak mempunyai niat menghina Islam.
Sebaliknya, beliau berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan tersebut.
“Chetz (Maznah) mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya.
“Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.
“Video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia,” katanya pada satu kenyataan media.
Sabtu lalu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.
Berikutan itu Jakim diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.
Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga berkata tidak wajar Maznah dikenakan hukuman, ia seharusnya dididik.
“Chetz perlu dididik bukannya dihukum.
“Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu,” katanya.
sehubungan itu, Tuan Ibrahim juga mengesyorkan umat Islam yang tersinggung dengan video tersebut mengambil kesempatan pada Aidilfitri yang bakal kunjung tiba untuk memaafkan Chetz.

sh
Share this article :

+ comments + 1 comments

8/07/2013 2:20 pm

setiap kali kerajaan cakap tak boleh,dia mesti cakap boleh.setiap kali kerajaan cakap boleh,dia mesti cakap tak boleh agar keputusan berpihak kepada Pas.Kalau nak tunjuk ketaksuban terhadap anjing pun wat apa pengkid tu guna audio takbir raya????? pengkid tu bukannya jahil,dia dah ckp awal2 dia takkan minta maaf.kalau nak tunjuk cara jadi ibu anjing pun,guna la audio lain.Dah agak dari awal,Pas akan wat keputusan lain dari Jakim sebab nak tunjuk Pas ni hero sama la mcm Pkr.Byk isu yang diputar belit oleh Pas sejak dulu lagi.Org buat tak boleh,dia buat boleh.Org buat tu salah,dia buat tak salah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger