Home » » Samseng Ugut Zahid Hamidi Bayar Wang Perlindungan

Samseng Ugut Zahid Hamidi Bayar Wang Perlindungan

Written By Unknown on 25/08/2013 | 1:23 pm

Rumah Terbuka Zahid Hamidi Pun Diganggu Samseng!

Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.
Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.
Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.
Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.
Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial.
Zahid turut meminta supaya
“Jika anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka,” katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger