Orang buat majlis berbuka puasa, DAP juga buat majlis berbuka puasa. Umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan, Wakil Rakyat DAP juga berpuasa. Macam mana puasa tak tahulah. Baru dua hari Syawal menjelang, DAP sudah kelam kabut buat Rumah Terbuka. Mengalahkan orang-orang Islam. Tak mengapalah kalau hendak meraikan umat-umat Islam.
Pendapat ambo, agak-agaklah kalau hendak mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri, takkanlah sehingga mengambil jenama arak, Carlberg sebagai penaja. Gambar di atas diambil berdekatan Jalan Putra, Alor Setar. Alang-alang naikkan banner Carlsberg, eloklah dihidangkan sekali minuman berkenaan kepada tetamu yang datang. Bolehlah nanti Pak-Pak Lebai PAS menjerit meraikannya, Takebeer!!!
Post a Comment