Home » » Pulau Pinang ; Air Naik 100% Mulai 1 September

Pulau Pinang ; Air Naik 100% Mulai 1 September

Written By Unknown on 28/08/2013 | 8:30 pm

Surcaj Air NAIK 100 PERATUS Di Pulau Pinang Mulai 1 Sept...HEBAT!

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sering mewar-warkan pentadbirannya adalah contoh yang terbaik kerana mengamalkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti.
Walaupun dilihat ia hanya ‘kosmetik’, namun Guan Eng berjaya mempengaruhi majoriti rakyat negeri itu dengan ‘muslihatnya’  yang tersendiri hingga dia dan juak-juaknya masih bertahan di Komtar untuk sekurang-kurangnya lima tahun lagi.
Ramai yang tidak sedar, slogan CAT itu hanyalah satu retorik politik apabila sepanjang tempoh pemerintahan DAP di Pulau Pinang, berlakunya beberapa isu yang tidak sepatutnya timbul yang melibatkan kepentingan rakyat dan jumlah wang kerajaan negeri yang banyak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad sendiri pernah mendedahkan, sebagai contoh isu pelaburan kerajaan negeri di China yang berjumlah RM 3.14 berbilion ringgit .
Sangat melucukan kerana  bukan saja rakyat Pulau Pinang tidak dimaklumkan tentang perkara itu, malah Ketua Menteri sendiri tidak tahu tentang perlaburan tersebut.
Begitu juga dengan kesilapan peningkatan kos yang berjumlah berbilion ringgit yang apabila dipersoalkan, Ketua Menteri menjawab lebihan kos tersebut adalah akibat tersalah taip.
Ada banyak lagi isu yang kita boleh persoalkan tentang ketelusan DAP termasuklah isu pemilihan parti mereka yang diselubungi begitu banyak kontroversi yang sehingga ke hari ini masih belum selesai.
Terbaru, kerajaan DAP Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini.
Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak.
Katanya, penggunaan air domestik di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air.
Jaseni berkata, PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta.
Ini yang orang Melayu kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih!
Guan Eng boleh bagi apa saja alasan untuk mengjustifikasikan perkara tersebut tetapi yang pasti, dia sendiri yang melanggar sumpahnya dan parti yang diwakilinya iaitu untuk membela nasib rakyat di negeri itu.
Bela dengan menaikkan surcaj 100 peratus???
Apa salahnya, kalau pun terpaksa, ia cuma dinaikkan pada kadar 10 ke 30 peratus saja, tetapi ini tidak, terus ke tahap maksimum!
Ternyata ia bukan sahaja membebankan pengguna malah menunjukkan bahawa kerajaan negeri menghadapi realiti sebenar pemerintahan.
Jika sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) sering ditohmah dengan ‘barang naik’ dan sebagainya, bagaimana pula dengan tindakan kerajaan negeri ini?
Tak sabar nak dengar reaksi penduduk Pulau Pinang khususnya dan penyokong Pakatan Rakyat amnya dalam isu kenaikan surcaj ini.
Mungkinkah atas nama DAP dan Pakatan Rakyat, semua kenaikan akan DIHALALKAN dengan sendirinya…jom kita tunggu!
Yang pasti ‘mereka’ ketika ini sedang menyediakan 1,001 alasan untuk mempertahankan keputusan tersebut.
Ya matlamat menghalalkan cara barangkali…
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger