Home » » Pakatan Anggap OPS Piramid Bawa Pulang Rakyat Malaysia Membazir

Pakatan Anggap OPS Piramid Bawa Pulang Rakyat Malaysia Membazir

Written By Unknown on 22/08/2013 | 10:46 am



Sebuah blog pro-PR yang baru muncul, baru-baru ini menyiarkan artikel yang mengkritik tindakan kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir.  Menurut blog tersebut, tindakan itu membazirkan beratus juta wang rakyat tanpa sebarang hasil.  Apatah lagi dengan hakikat mereka yang memilih untuk tinggal di sana juga berada di dalam keadaan selamat tanpa ada yang cedera atau terbunuh.  Justeru, tindakan kerajaan itu dilihat sebagai terburu-buru dan silap. 
 
Tidak cukup dengan itu, blog tersebut juga membangkitkan soal kononnya kroni UMNO membuat untung menjadi orang tengah dalam proses membawa pulang 4,000 yang terlibat melalui tempahan tiket dan macam-macam lagi. 
 
Malah, blog itu juga berhujah bahawa tiada negara lain yang membazirkan wang seperti Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan rakyat mereka di negara yang bergolak.   Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO hanya inginkan publisiti semata-mata, katanya. 
 
Sudah tentu kita tidak bersetuju dengan PR agar kerajaan mengabaikan rakyat Malaysia di Mesir.  Tetapi, kita bersetuju jika kerajaan mengabaikan saja rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat di sana.   Bukan kita tidak tahu bagaimana budi kerajaan dibalas oleh mereka dengan tohmah, fitnah, caci dan penghinaan ketika Ops Pyramid 1 iaitu apabila pemberontakan di Dataran Tahrir merebak. 
 
Langsung mereka tidak berterima kasih malah menganggap itu sudah menjadi tugas kerajaan. 
 
Dan hari ini blog yang menyokong mereka sendiri mendedahkan bahawa kerajaan negara lain tidak melakukan apa yang kerajaan Malaysia atau pemimpin UMNO lakukan.  Sebenarnya apa yang pemimpin UMNO lakukan adalah amat mulia sekali kerana turut menyelamatkan rakyat yang mencercanya dan sanggup melakukannya sekali lagi.    
 
Justeru, kita berharap agar kerajaan mendengar seruan blog Negara Pakatan Rakyat ini agar meninggalkan sahaja penyokong mereka di sana.  Lagipun, dari apa yang kita lihat, ramai dari kalangan pelajar penyokong mereka yang enggan pulang.  Malah, mereka bangga menunjuk sokongan terhadap bekas Presiden, Morsi dan tidak kisah sekiranya tentera Mesir turut menjadikan mereka sebagai sasaran.   Pastinya mereka mendambakan syahid.   Oleh itu, siapalah kita untuk menghalang cita-cita mereka.   
 
Bagaimanapun, kita menyokong agar kerajaan membawa pulang hanya ‘rakyat yang berguna’ untuk negara sahaja iaitu penyokong-penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.  Mereka-mereka ini pastinya mempunyai lebih kesedaran tentang pentingnya memelihara kestabilan.   Tidak seperti penyokong PR yang bakal membawa Malaysia ke arah jalan yang sama dengan Mesir bila pulang nanti. 
 
Malaysia tidak perlukan manusia-manusia perosak yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih.  Cukuplah kita mendapat pengajaran dari sikap bangsa Arab di Mesir yang suka bertelagah sesama sendiri.  Janganlah kita membawa pulang rakyat kita yang mempunyai mentaliti yang sama dengan bangsa Arab itu untuk memusnahkan negara ini juga. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger