Home » » Ketua Wira Perkasa Cuba Raih Pupolariti

Ketua Wira Perkasa Cuba Raih Pupolariti

Written By Unknown on 29/08/2013 | 10:00 am



Blog-blog pakatan pembangkang sejak semalam, begitu ghairah memaparkan kenyataan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas alasan kononnya telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya. Kelihatan mereka begitu seronok apabila ada yang keluarkan kenyataan menghentam Perdana Menteri.
 
Tapi itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah pembangkang untuk menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang pelik, apabila mereka tidak lagi menghentam dan mula memuji kerajaan.
 
Berbalik kepada isu berhubung kenyataan Fahmi, mungkin ada yang merasakan ‘suara’ Fahmi ini mewakili suara seluruh ahli Perkasa, namun ramai yang merasakan ia hanyalah merupakan pandangan peribadinya semata-mata. Tambahan pula sehingga kini tidak ada satu pun ‘suara’ yang dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi Perkasa yang menyokong kenyataan tersebut.
 
Malah ada sesetengah penganalisis politik merasakan ia adalah merupakan percubaan Fahmi untuk ‘menjual diri’ bagi mendapatkan perhatian masyarakat. Maklumlah, sejak kebelakangan ini Perkasa dilihat tidak lagi ‘segarang’ dahulu. Jadi dia perlu melakukan sesuatu bagi membangkitkan emosi dan sentimen ahli-ahli Perkasa untuk kembali dilihat ‘hidup’.
 
Fahmi dalam kenyataan tersebut mendakwa keGAGALan Najib adalah disebabkan memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) namun masih gagal mendapatkan sokongan menyeluruh dari masyarakat Cina. Tidak cukup dengan itu dia turut mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat.
 
Ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi ini terlalu dangkal untuk diterima, kerana umum mengetahui dasar Barisan Nasional adalah memperjuangkan hak dan nasib semua kaum di Malaysia. Malah Perdana Menteri sendiri telah berulang kali mengatakan beliau adalah pemimpin untuk semua masyarakat di negara ini.
 
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, pendekatan Perdana Menteri itu adalah merupakan satu pendekatan yang selari dengan tuntutan Islam. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW di dalam salah satu hadis pernah bersabda bahawa baginda adalah merupakan pemimpin kepada semua umat dan bukannya pemimpin kepada masyarakat Arab semata-mata.
 
Oleh yang demikian, ada baiknya untuk Fahmi memahami konsep kepimpinan dan luangkan masa untuk membuat sedikit kajian ilmiah sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kerana takut nanti, tak fasal-fasal Perkasa disalahkan kerana ada dikalangan mereka yang mengeluarkan kenyataan bodoh.
 
Malah, sebelum ini Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap pernah berkata dasar yang digubal kerajaan telah mengambil kira pelbagai perkara dan juga kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini dan ini tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
Menurut beliau lagi Malaysia sentiasa membuat perubahan daripada semasa ke semasa ke atas setiap dasar yang dilaksanakan dan sentiasa memastikan tiada jurang besar antara kaum di negara ini.
 
Fahmi seharusnya sedar, apa yang penting pada ketika ini ialah berfikir untuk bersama-sama kerajaan bagi mengekalkan kemakmuran dan perpaduan negara dan bukannya saling tudah menuduh dengan pelbagai alasan yang merepek dan berbaur perkauman. Ini kerana dalam membina negara bangsa, kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik untuk menjaga kemakmuran bersama yang adil dan saksama. Justeru itu, konsep dan gagasan 1Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan nasional antara kaum.
 
Berhubung isu yang mengatakan BR1m adalah merupakan rasuah, ia adalah merupakan satu pendapat jelas membuktikan Fahmi seorang cetek pengetahuannnya. Ini kerana sekiranya ia dianggap rasuah, apakah ini bermakna semua pemberian kerajaan selama itu dianggap rasuah? Contohnya bantuan untuk ibu tunggal, golongan nelayan, kurang upaya dan sebagainya.
 
Sedangkan bantuan yang diberikan, tidak mengira latar belakang, kaum mahupun ideologi politik. Baik orang Pas, PKR mahupun DAP, asalkan mereka layak dan merupakan warganegara, bantuan tersebut wajar diberikan. Tambahan pula ianya adalah duit rakyat, maka apa salahnya ia dikembalikan semula kepada rakyat.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger