The Malaysian Insider bertanya kepada Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR tentang spekulasi beliau akan bertanding jawatan Presiden melawan Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan awal tahun depan.
Cara jawabnya seakan dia nak bertanding jawatan tersebut tetapi masih menimbulkan teka teki dengan berkata tugasnya nak memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Itu (soal bertanding jawatan Presiden) kita bincang kemudian … saya nak fokus kerja supaya PR boleh gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR,” katanya di majlis rumah terbukanya di Ampang.
“Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik,” katanya lagi.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor menepis dakwaan media sebelum ini, wujud agenda memboikot Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kita ada muafakat yang cukup baik, kata Azmin lagi.
foto hiase
Post a Comment