Home » » Husam Kambing Pastikan Hiway Rakyat Siap Mengikut Jadual?

Husam Kambing Pastikan Hiway Rakyat Siap Mengikut Jadual?

Written By Unknown on 23/08/2013 | 10:00 am


Toloooglah jangan ketawa baca tajuk kat atas...adehhh Mat Kambing Jenin ni bercakap dengan jubo# dia kot..tuuuiHHH !!

Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan Husam Musa lebih berminat untuk menjadi pengerusi Syarikat Baldah Toyibbah anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) Kelantan daripada mempengerusikan syarikat Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation (TDC).

Ini kerana, katanya, Baldah Toyibbah adalah peneraju utama pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dan beliau mahu memastikan pembinaan lebuh raya itu menjadi kenyataan.

“Saya memohon maaf tidak dapat menerima pelantikan itu. Jika diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan (anak syarikat) Baldah Toyibbah yang dilantik sebagai peneraju utama pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, saya bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuh raya tersebut menjadi kenyataan,”

Naib presiden PAS itu yang kini berada di China berkata, sebelum ini beliau tidak pernah dirunding untuk perlucutan dan pelantikan mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam sebuah portal berita yang menyatakan Kerajaan Negeri melantik Husam mempengerusikan dua anak syarikat Kerajaan Negeri bagi membolehkannya menyumbang kepada Kelantan.

KGT adalah syarikat yang dibentuk oleh kerajaan negeri untuk menjalankan perniagaan wang emas dinar dan dirham Kelantan di negara ini. TDC pula agensi kerajaan negeri dibentuk oleh Kelantan sebelum ini untuk membangunkan Bandar Baru Tunjong yang terletak di atas 2,000 ekar tanah di pinggir bandar Kota Bharu.

Difahamkan selepas tidak dilantik sebagai exco, Husam turut digugurkan daripada mengetuai lima dari tujuh anak syarikat kerajaan negeri di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Husam berkata, sebelum ini, semua susunan pembiayaan Lebuh Raya Kota Bharu diatur dengan kerajaan meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuan Gua Musang dengan nilai RM2.5 bilion sebagai cagaran pembayaran lebuh raya berkenaan.

“(Bagaimanapun), saya difahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadangkan diluluskan kepada beberapa individu tertentu,” katanya.

Dalam masa yang sama, Husam berkata, sebelum ini beliau juga menubuhkan anak syarikat perlombongan yang dinamakan Az Zahab dengan tujuan memajukan perlombongan tanah kerajaan dengan skala besar dan menggunakan teknologi moden.

-antarapos
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger