Home » » Shah Alam Kini Pusat Judi Internet Terbesar Di Selangor ?

Shah Alam Kini Pusat Judi Internet Terbesar Di Selangor ?

Written By Unknown on 17/07/2013 | 9:00 am

Rahsia bilik judi internet

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu enam premis judi internet yang berselindung di sebalik nama pusat hiburan sekitar Subang Perdana, semalam.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menjalankan serbuan ke atas dua pusat snuker serta empat pusat siber yang didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjalankan operasi judi siber.

Menurut Shahrin, menerusi serbuan itu, satu daripada pusat siber berkenaan didapati mempunyai lesen perniagaan yang sah namun didapati melakukan kesalahan lain di bawah undang-undang MBSA.



Rahsia bilik judi internet


“Satu daripada pusat siber itu didapati membenarkan kanak-kanak bawah umur untuk masuk dan kita telah mengambil tindakan terhadap pemilik menerusi serbuan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Shahrin berkata, operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa MBSA, Noorizal Abd Rahman tersebut berjaya merampas 95 set komputer secara keseluruhan yang dipercayai digunakan dalam perjudian internet.

“Ada di antara pusat snuker yang menjalankan kegiatan perjudian internet di sini,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga pusat hiburan yang didapati menyediakan laluan khas bagi menuju ke bilik yang disediakan di belakang tempat menyimpan kayu snuker bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Dalam operasi itu, pihak penguat kuasa turut mengambil masa kira-kira 10 minit bagi bagi memecahkan pintu bilik khas berkenaan.

“Hasil serbuan kita dapati terdapat banyak set komputer disediakan khas buat pelanggan di pusat snuker itu,” katanya.

Menurut Shahrin, pihaknya menggunakan kekuatan 16 anggota dan mendapat bantuan lima anggota polis bagi menjalankan serbuan terbabit.


-sinar

Aakj ; puok kera Pas dok wat apa ? bila nak desak supaya Selangor jadi Negeri Islam ? Arak dan judi bukan dosa kecik weyy !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger