Home » » SelangorKu Hancur : Tapak Bazar Ramadhan Di Beri Kepada Cina Dap ?

SelangorKu Hancur : Tapak Bazar Ramadhan Di Beri Kepada Cina Dap ?

Written By Unknown on 10/07/2013 | 6:00 pm

MPKj didakwa pilih kasih



Kami kesal! Perasaan itu diluahkan penganjur tapak bazar Ramadan Desa Serdang 1 apabila lokasi yang menjadi tempat perniagaan kira-kira 20 peniaga sejak tujuh tahun lalu tidak diluluskan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tahun ini.

Yang lebih dikesalkan permohonan penganjur lain di kawasan tapak terletak tidak jauh dari lokasi itu diluluskan sedangkan ia didakwa dibuat pihak itu selepas tarikh tutup ditetapkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Setiausaha Penganjur Bazar Ramadan Desa Serdang, Suboh Ahmad berkata, pihaknya membuat permohonan tapak pada 10 Mei lalu dan dimaklumkan tarikh tutupnya adalah pada 17 Mei.

Beliau berkata, selepas tarikh permohonan berkenaan perkara itu ditutup, pihaknya mendapat tahu ada penganjur lain memohon satu tapak yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari tapak dipohon pihaknya pada 21 Mei lalu.

Bagaimanapun, permohonan dibuat pihaknya ditolak dengan alasan gangguan lalu lintas sedangkan dakwanya tidak ada masalah selama tujuh tahun peniaga menjalankan perniagaan di situ sebelum ini.

Katanya, permohonan ditolak dengan keputusan bersama MPKj dan Ahli Majlis dan pihaknya hanya dimaklumkan berkenaan perkara itu pada 11 Jun.

Dakwanya pihaknya rasa kecewa kerana permohonan ditolak dan tiada perbincangan berkenaan perkara itu dibuat.

Pada 17 Jun, Suboh berkata, beliau kemudian membuat rayuan kepada MPKj namun sekali lagi kecewa apabila keputusannya tetap ditolak.

Dakwanya, majoriti peniaga selesa berniaga di tapak lama, bayaran dikenakan penganjur hanya RM100 sebulan untuk lesen berbanding tapak baru dengan kadar caj lebih dua kali ganda.

Peniaga juga tidak bersetuju ke lokasi baru berhampiran kawasan perindustrian kerana tiada sambutan daripada pengunjung tambahan mereka pernah menjalankan perniagaan di situ pada tahun 2007.

Keadaan berubah apabila peniaga dipindahkan ke lokasi di Jalan Desa Sedang 1 dan bazar Ramadan di situ bertahan sehingga tahun lalu.

“Alasan pihak itu (MPKj) menolak permohonan kami dengan mendakwa akan wujud masalah lalu lintas tidak dapat diterima, saya hendak tanya kepada mereka bazar Ramadan mana yang tidak mengganggu lalu lintas.

“Apabila kita minta laporan mengenai aduan terhadap perkara itu, mereka tidak beri,” katanya kesal.

Suboh berkata, peniaga tetap akan menjalankan perniagaan di lokasi lama meski pihak itu tidak mahu mengeluarkan permit berkenaan perkara itu.

Katanya, bukan peniaga tidak mahu ambil lesen tetapi pihak itu yang tidak mahu meluluskan permohonan dibuat.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger