Home » » SelangorKu Hancur : Gangster Dap Dalangi Pusat Judi Subang Jaya ?

SelangorKu Hancur : Gangster Dap Dalangi Pusat Judi Subang Jaya ?

Written By Unknown on 10/07/2013 | 5:20 pm

Jurujual gian berjudi

SUBANG JAYA – Sanggup berhabis lebih RM5,000 semata-mata ingin memenuhi nafsu berjudi!. Itu pengakuan seorang jurujual berusia 29 tahun yang mendakwa gian mempertaruhkan wang di pusat siber haram selepas mengenali hobi baru itu empat bulan lalu.

Dia antara tiga pengunjung yang dicekup anggota Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ketika leka bertaruh wang menerusi perjudian atas talian di sebuah pusat siber tidak berlesen di USJ 1, di sini malam kelmarin.

Katanya, meski hanya pernah memenangi sekali pertaruhan sebanyak RM200, berjudi kini menjadi sebahagian rutin hidupnya dan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 sehari.

Lelaki berasal dari Kelantan itu memberitahu gajinya sebulan hanya RM1,800 namun sebahagian besar dihabiskan berjudi kerana seronok mengisi masa lapangnya.

“Sejak tiga bulan lalu baru sekali pernah menang tetapi kerana seronok, duit habis rugi pun tidak rasa sangat. Memang saya ketagih mengunjungi premis ini kerana sudah jadi hobi di waktu lapang,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 17 anggota, tiga premis pusat siber diserbu masing-masing di Jalan USJ1/1C dan Jalan USJ1/1B.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, sebanyak 79 unit komputer lengkap perisian perjudian atas talian dirampas di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ.

Menurutnya, salah sebuah premis yang menawarkan aktiviti snuker turut dikenakan tindakan rampasan peralatan permainan itu dan berdepan denda maksimum RM5,000.

“Dua pusat siber dikenakan tindakan rampasan peralatan komputer manakala sebuah lagi didapati melakukan dua perniagaan haram dalam satu premis,” katanya.

Mohd Rasip berkata, penjaga premis kedua yang diserbu sempat melepaskan pelanggan mereka melalui pintu belakang sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Sementara itu, hasil tinjauan Sinar Harian di salah sebuah premis mendapati, pengusaha mewujudkan sebuah bilik VIP untuk kaki judi mempertaruhkan wang dengan lebih selesa namun perlu bertaruh sekurang-kurangnya RM300 bagi memulakan permainan.

Difahamkan, pengusaha menawarkan kononnya pelanggan boleh memenangi wang pertaruhan sehingga RM150,000 sedangkan hasil temubual dengan penjaga premis memberitahu paling tinggi wang pernah dimenangi pelanggan mereka hanyalah RM500.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger