Home » » #PRKKualaBesut : Pas Terengganu Tiada Tokoh Pemimpin, Husam Kambing Pengarah Pilihanraya !!

#PRKKualaBesut : Pas Terengganu Tiada Tokoh Pemimpin, Husam Kambing Pengarah Pilihanraya !!

Written By Unknown on 10/07/2013 | 10:00 am


Malam tadi d kawasan lapang d Kampung Nail, mengejutkan bila Hadi Awang mengisytiharkan Husam Kambing sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut. Pengumuman ini d buat bersempena dengan  majlis pengumuman nama calon bagi pihak Pas.

Bukan sekadar keluhan tidak puashati tentang calon yang khabarnya hanya berpendidikan SPM Gred 3 malah ada pengunjung yang mengomel sesama sendiri.." Ketua Cabang mana..tak layakkah dia..?".."kenapa Bendahari Cabang yang hanya berpendidikan amat rendah ?"..

Rata-rata yang hadir nampak tidak gembira dengan calon yang khabarnya hanya bersandarkan Tokey Kayu yang tidak ada kelebihan langsung..baik dari segi pelajaran ataupun latarbelakang agama..klik d SINI

"..kenapa tidak Nik Zawawi..dia pun anak tempatan dan lebih warak ?.." keluh ahli Pas dari Kg Nail itu sendiri..klik d SINI

Paling memalukan, majlis sessi kenalkan calon tak sampai pun 1000 yang hadir dan majoritinya dari ahli Pas Pasir Puteh Kelantan. Seolah-olah nama calon sudah d ketahui lebih awal dan ahli Pas Terengganu memboikot untuk hadir.

Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden Parti pun seolah-olah d nafikan peranannya kali ini..mungkin kerana dia Calon PRU Yang Kalah maka beliau tidak layak mengetuai Pilihanraya Kecil yang d lihat amat penting bagi Pas kononnya inilah peluang mereka nak rampas balik Terengganu bila terikat dengan kedudukan 16-16..

"Husam kalah d Putrajaya, bagaimana beliau layak jadi Pengarah PRK..kenapa tidak Wahid Endut seperti yang d canang sebelum ini?" keluh ahli Pas Kuala Besut.

Yang nyata, Pas Terengganu yang dipimpin Wahid Endut tidak berpuas hati dengan perlantikan Husam Kambing sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Dun Kuala besut. 

Wahid Endut dengan terang menyatakan rasa tidak puashati beliau dan d khabarkan meluahkan perasaan kecewa dalam satu sms kepada seorang Pimpinan Pas Terengganu :

"..masa PRK Manek Urai 2009 Pas Terengganu tidak dibenarkan terlibat..Sampaikan poster Presiden Pas pun Pas Kelantan tak benarkan pasang. Tapi bila PRK Kuala Besut orang Kelantan pula yg dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya.."

"..Wahid Endut lupa siapa dia kalau nak d bandingkan dengan Datuk PAduka Husam, beliau d lantik untuk Jawatan Pengerusi Pas Negeri Terengganu..Datuk Husam menang bertanding Jawatan Naib Presiden Parti.." - ahli Pas Pasir Puteh Kelantan

Aakj lihat, Husam Kambing bakal menerima nasib malang yang berturutan..dah la tak d lantik sebagai Exco Negeri Kelantan..tugas dan tanggungjawab yang beliau pikul d Kuala Besut bakal menggugat kerusi Naib Presiden Parti dalam pemilihan yang akan datang kerana terpaksa berhadapan dengan perwakilan dari Terengganu yang d lihat memihak kepada Wahid Endut dan bakal d terjemahkan dalam bentuk undian ketika pemilihan nanti.

Mat Sabu nampak gaya kekal sebagai penceramah politik sepenuh masa akibat kekalahan teruk d PRU baru-baru ini dan kerusi beliau sebagai Timbalan Presiden Pas d lihat sudah tidak terjamin, Hj Hadi nampak gayanya tidak memberi muka langsung kepada Mat Sabu dalam PRK Kuala Besut.

Kita boleh lihat Barisan Nasional d pandu oleh Timbalan Presiden Parti, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan d bantu oleh Datuk Idris Jusuh..Pas sekadar tak nak malu untuk tidak bertanding dan lebih malang kedengaran wanita Pas juga tidak berpuashati dengan Calon mereka kali ini kerana tidak memberi peluang kedua kepada Ketua wanita mereka yang kalah d PRU baru-baru ini.

"..jauh kalau nak bandingkan dari segi kewarakan dan ilmu pendidikan antara Napisah Ismail dengan Tokey Kayu ni.." - rungut Ahli wanita Pas Kuala Besut.



Photo: Selamat Menyambut Ramadhan..maaf aakj pinta kiranya sepanjang berfacebook ini ada kata-kata yang menyinggung samada sengaja atau pun tidak..hehe kepada puok pakatan haram..bertaubatlah sempena bulan mulia ini..

** nampak gaya separuh puasa ada d Kuala Besut..alhamdulillah anak isteri faham..kepada sahabat yang tak dapat bersama..kita masih mampu berdoa..Doakan BN menang cemerlang..jazakallah

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger