Home » , » #PRKKualaBesut : Pas Kawasan Dan Negeri Boikot PRK Kuala Besut???

#PRKKualaBesut : Pas Kawasan Dan Negeri Boikot PRK Kuala Besut???

Written By Unknown on 13/07/2013 | 11:00 am



 

Seperti ada sesuatu yang tidak kena, pilihanraya kecil Kuala Besut (PRK Kuala Besut) yang diadakan pada kali ini tidak menampakkan kemeriahan seperti kebiasaannya. Ini kerana, Pas (antara salah satu parti yang akan bertanding) dilihat lesu dan tidak begitu agresif dengan kempen dan para petugas jentera bagi menghadapi Barisan Nasional (Umno).

Hasil pemantauan yang dijalankan pada malam tadi (sehingga jam 12 tengah malam) masih lagi tiada sebarang ceramah yang diadakan malah bendera-bendera parti itu juga sukar kelihatan berbanding jentera BN yang telah mula sibuk dengan bahan-bahan kempen dan sebagainya.

Sekitar kawasan di Kuala Besut juga menyaksikan, seolah-olah PRK pada kali ini hanya akan ditandingi oleh calon tunggal dari BN/Umno. Mungkin ada yang mengatakan Pas akur dengan arahan dan peraturan dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menetapkan agar mana-mana parti yang ingin bertanding hanya boleh memulakan kempen selepas proses penamaan calon dijalankan.

Atau mungkin juga ada yang cuba menjadikan bulan Ramadhan sebagai alasan kepada persoalan yang dibangkitkan tadi. Namun apa pun alasan yang digunakan ia hanya akan menimbulkan tanda tanya dan membangkitkan pelbagai persoalan. Ini kerana parti yang terkenal dengan sikap agresif itu jarang menunjukkan sikap seolah-olah tidak berminat bagi menewaskan BN/Umno dalam mana-mana pilihanraya baik yang umum mahupun yang kecil.

Sebagai contoh, beberapa siri PRK yang dijalankan sebelum ini, telah membuktikan bagaimana parti itu mula mengerakkan jentera kempen sebaik sahaja SPR mengumumkan ada kekosongan kerusi. Malah mereka juga akan mula mengadakan ceramah hampir setiap malam, di kawasan yang terlibat dengan PRK dan mula mengerakkan jentera untuk memasang bendera, poster dan sebagainya.

Jadi persoalannya, mengapakah itu tidak terjadi di Kuala Besut? Ini kerana, hasil tinjauan dan maklumat yang diperolehi, rata-rata penyokong dan ahli parti itu sebenarnya tidak beberapa setuju dengan keputusan Pas pusat meletakkan Azlan Jusof sebagai calon parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengumumkan akan meletakan Azlan yang juga merupakan seorang ahli perniagaan untuk berdepan dengan calon dari Barisan Nasional (BN). Azlan yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor yang juga pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah ini.

Selain mengetepikan calon yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Pas Terengganu, pemilihan Che Long juga dikatakan hasil lobi yang dilakukan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa sehingga mengetepikan keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Pas negeri merasakan ada calon yang lebih layak diketenggahkan berbanding Che Long.

Oleh yang demikian sebagai tanda bantahan, semua jentera parti di kawasan Kuala Besut telah diarahkan untuk memboikot gerak kerja kempen. Walaupun apapun sebabnya, ia merupakan satu kelebihan buat BN/Umno. Malah kemelut dalaman yang sedang menimpa parti yang kononnya memperjuangan Islam itu seharusnya menguatkan lagi azam dan semangat semua jentera untuk terus memastikan kerusi DUN Kuala Besut tetap dimenangi oleh calon dari BN/Umno.

sumber 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger