#PRKKualaBesut : OSTAZAH PENING TU TAK TURUN KE?
Hari ni dah masuk hari yang kelima dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut. Tinggal lagi seminggu nak berkempen ni.
Makin hari makin ramai muka - muka biasa yang dapat kita jumpa dalam PRK kali ini. Cuma, ada la beberapa orang yang masih belum tunjuk muka.
Diantaranya dah tentu la artis - artis dari kalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu. Setakat ini yang kita nampak hanya kelibat Si Ecah ni je.
Nak jugak Ecah ni turun ke Kuala Besut ek? Dia tak takut ke kalau dia datang ketuk tingkap rumah orang akan dihalau macam kat Jempol hari tu?
Apa pun, ada jugak la dia tunjuk muka. Yang lain macam mana pulak? Bila lagi Si Ostazah Pening dan Si Bob Lokman tu nak turun ke Kuala Besut bagi memeriahkan poket?
Oh ye. Lupa pulak. Diorang mana boleh turun sebab diorang tak termasuk dalam senarai calon. Kalau Si Ecah tu lain la cerita. Dia kan bekas calon Pilihan Raya.
Lagi pun, macam Si Ostazah Pening tu pun mana dia nak tunjuk muka dia depan orang ramai. Kang puas pulak dia nak jawab gosip cerita kata dia nak kahwin dengan Anak Ikan!!!! Kang tak pasal - pasal je jadi satu masalah pulak!!!
Bertungkus lumus si Ecah ni membantu Che Long, calun PAS PRK Kuala Besut. Menurut Ecah, "Saya tengok rakyat di sini sukakan Che Long."
Tak tau le, orang Besut ke, atau Ecah yang sukakan Che Long, sampai sanggup datang dari jauh. Maklum le, Che Long tu kontraktor kelas A.
Apapun, cuma nak tanya, yang si Ecah bungkus jajan banyak-banyak tu nak buat apa? Kabarnya nak dibahagi-bahagikan sewaktu berkempen membantu Che Long.
Isyhhhh.... boleh ke? Hehehe.... kalau PAS yang bagi boleh, sebab kira sedekah, tapi kalau BN yang bagi tak boleh, sebab nanti dikira rasuah! Orang Kuala Besut berhati-hati, nak makan biskut dan jajan tu baca Bismillah dulu. - TENGGARA is SOUTHEAST
Post a Comment