CALON cari makan PAS, Endut@Azlan BinYusof yang bangga mengumum untuk menggaji orang lainuntuk menjalankan tugas sebagai ADUN Kuala Besut (sementara dia sendiri menumpu lebih perhatiankepada perniagaan), hari ini meluangkan satu hari suntuk di Pulau Perhentian walaupun jadual asalmenyatakan dia ada program di tempat lain.
Aktivitinya dilaporkan penuh dari pagi ke malam, dengan sesi beramah mesradengan penduduk, berbuka, bertarawikh dan sebagainya.
Sememangnya Pulau Perhentian menjadi sasaran utama PAS untuk mendapatkan undi selepas Kampung Nail, apatah lagi PAS kalah di kedua-dua kawasan tersebut dalam PRU13 yang lalu.
Walaupun terkenal sebagai destinasi percutian popular, Pulau Perhentian tidak terlepas dari masalahnya yang tersendiri. Antara lain ialah peluang pekerjaan penduduk setempat yang kini diisi oleh warga asing, terutama dari Mynmar dan Bangladesh.
Ini bukan salah kerajaan sangat, tapi kerana sikap pengusaha calet tempatan yang lebih gemar mengambil warga asing kerana perbezaan gaji antara RM 100-RM 200 lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Asalnya dulu kelonggaran diberi kerana jumlah tenaga kerja kampung-kampung sekitar Pulau Perhentian Kecil, tidak mampu menampung permintaan pengusaha calet yang semakin meningkat.
Tapi sekarang, kelonggaran itu sudah disalah gunakan dan pengambilan warga asing diambil secara berleluasa sehingga menutup peluang warga tempatan disitu untuk mendapat peluang yang sama.
Disinilah PAS cuba mengambil peluang untuk menonjolkan diri sebagai juara penduduk Pulau Perhentian. Walhal mereka tidak ada keupayaan langsung untuk berbuat apa-apa bagi mengubah keadaan tersebut walaupun ditakdirkan puak itu menang nanti (minta dijauhkan).
Yang mereka ada hanyalah janji kosong untuk mengubah keadaan sedangkan hakikatnyamereka tidak berkeupayaan walau sebesar zarah pun untuk melakukan perkara-perkara tersebut - modus operandi sama yang Anwar Ibrahim guna melata sehingga dapat 89 kerusi parlimen terlepas ke tangan mereka.
Walaupun begitu, bakal ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan perlu mengambil berat masalahpenduduk di Pulau Perhentian ini. Khabarnya Allahyarham Datuk Dr A Rahman dulu baru sempat berbincang dengan seorang dua pengusaha calet Pulau Perhentian sebelum takdir menentukan beliau pergi dahulu.
Usaha itu perlu diteruskan Tengku Zaihan bagi membela nasib penduduk Pulau Perhentian, seterusnya menjadikan pulau tersebut sebagai benteng kukuh UMNO di DUN berkenaan.
sumber
Post a Comment