#PRKKualaBesut : BN berjanji ikut kemampuan bukan ikut sedap mulut
Menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini, pembangkang amat seronok kerana berpeluang menabur janji kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Malah, kejayaan Barisan Nasional (BN) membangunkan pekan kecil yang dahulu dikenali sebagai pekan kaboi dan kini dikenali pusat pelancongan dicemburi pemimpin pembangkang.
Sebab itu, dalam ceramah yang diadakan pemimpin Pas meraka membuat janji untuk membangunkan kan Kuala Besut lebih maju dan ke hadapan jika diberi mandat menguasai kerusi DUN terbabit.
Bagaimanapun,janji mereka hanyalah penyedap mulut kerana terbuktikan Pas tidak mampu berbuat sesuatu utntuk pengundi di DUN Kuala Besut.
Berlainan dengan janji BN yang sentiasa memenuhi permintaan dan kehendak rakyat apabila kerajaan melaksanakan apa sahaja demi kepentingan rakyat. Semalam
Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, melakukan upacara majlis perasmian dan perletakan batu asas pangsapuri mampu milik untuk penduduk Kuala Besut.
Pembinaan pangsapuri setinggi empat tingkat mengandungi 72 unit rumah berharga RM10.35 juta di Kampung Kandang Lembu,Tok Saboh, satu lagi usaha kerajaan BN untuk menolong penduduk mendapat rumah kediaman lebih selesa.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said yang meluluskan peruntukan berkenaan sebelum ini mahu melihat nasib penduduk terutama mereka yang tinggal di persisiran pantai dan sering terdedah kepada risiko berlakunya ombak besar akan diberi peluang memohon rumah berkenaan
Post a Comment