Home » » #PRKKualaBesut ; Azhar Idrus Terlibat Secara Langsung Sebagai Penceramah Pentas Pas !! Upah Mahal ?

#PRKKualaBesut ; Azhar Idrus Terlibat Secara Langsung Sebagai Penceramah Pentas Pas !! Upah Mahal ?

Written By Unknown on 16/07/2013 | 10:00 pm


TELAH dihebahkan bahawa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) akan mengadakan ceramah bersama Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS pada 22hb Julai yang akan datang di Kampung Nail, Kuala Besut.

Program yang diadakan sempena kempen pilihanraya kecil Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang ini, juga adalah untuk membantu kempen PAS yang sedang berlangsung hambar sekarang. 

Sebagai makluman, Kampung Nail adalah tempat kelahiran calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan kemenangan di peti undi kampung tersebut adalah penting kerana ia menjadi 'ibu' kepada segala peti undi dalam PRK Kuala Besut ini.

Aku faham, PAS menjadikan Kampung Nail sebagai sasaran kerana ia mempunyai signifikan tersendiri dalam kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung sekarang. Selain tempat kelahiran calon BN seperti yang disebutkan di atas, PAS juga kalah di peti undi kawasan ini dengan perbezaan 299 undi.

Yang aku tak faham ialah apa kejadahnya 'aura' UAI yang sebegitu besar dihalakan untuk mengubah keputusan di kawasan peti undi yang PAS kalah dalam jumlah yang kecil?  Ada beberapa kawasan lain lagi yang PAS kalah dalam jumlah yang besar seperti  Seberang Barat Luar (756 undi) dan Tok Saboh (617 undi). 

Kenapa tidak dihalakan UAI ke kawasan itu?

Bukankah tindakan seumpama ini hanya akan merosakkan lagi imej UAI di masa akan datang.  Kita nak pakai UAI ni lama lagi tau, bukan setakat dalam PRK Kuala Besut ini sahaja.  Amat malanglah kalau dengan 'taraf' UAI sekarang, PAS hanya mampu tarik 299 undi sahaja?  Itu pun belum tentu  

Satu hal yang lain, aku tak sangat bersetuju dengan keputusan melibatkan UAI dalam terlalu banyak program politik seperti kempen PRK ni.  UAI dikenali selama ini sebab dia bebas politik kepartian - walaupun secara terbuka mengumumkan diri sebagai ahli PAS.

Mengaku sebagai ahli dan terlibat sepenuhnya dalam kerja-kerja politik adalah 2 cerita berbeza tu.

Aku berpandangan, sementara dia tengah berada di puncak ni, jangan pulak kita 'humban' dia ke bawah dengan terlalu menonjolkan dia dengan kerja-kerja politik hanya sebab nak menang satu pilihanraya kecil sahaja.  

Dalam mana-mana tempoh sementara menanti PRU yang akan datang, paling tidak ada 10-15 pilihanraya kecil dimana khidmat UAI boleh digunakan, terutama kalau PAS terlibat atau di kawasan majoriti Melayu.

Kalau dia terlibat awal sangat, kita bimbang UMNO/BN akan berusaha keras untuk jatuhkan imejnya, terutama di kalangan wanita, sebab kita tahu sajalah UAI baru-baru ini bernikah seorang lagi dengan anak dara - menambah kepada 2 isteri sedia ada.

Malah di Kuala Besut ini pun aku mendengar usaha-usaha untuk 'membunuh' imej UAI sedang dan telah rancak dimulakan, terutama apabila berita mengenai kedatangannya kesini mula tersebar.

UMNO bukan kira ustaz ke ulama, asal cuba nak kacau dia saja pasti dia akan serang habis-habisan walaupun guna modal peribadi
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger