Home » » #PRKKuala Besut : " Siapa Yang Memberi UNDI Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Dia Menempah Tiket Ke NERAKA" - Azhar Idrus !!

#PRKKuala Besut : " Siapa Yang Memberi UNDI Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Dia Menempah Tiket Ke NERAKA" - Azhar Idrus !!

Written By Unknown on 16/07/2013 | 11:05 pm

syurga & neraka


Setiap kali pilihanraya PAS tidak pernah melepaskan mengunankan agama sebagai alat untuk meraih undi, terbaru di PRK Kuala Besut area Kg Tok Has tergantung beberapa banner yang cukup menjatuhkan maruah umat islam yang menyatakan :-

“Sesiapa yang memberi undi menjatuhkan Kerajaan islam, maka dia menempah tiket ke neraka” yang dipetik dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus di dalam Sinar Harian bertarikh 25 April 2013.

PAS seolah mengambarkan orang yang tidak memberi undi kepada PAS dan mengundi Parti lawanya seperti menempah tiket ke Neraka dan yang menyokong dan memberi Undi kepada PAS dapat memberi jaminan Syurga, adakah PAS ini agama dan tuhan yang dapat menghukum sesiapa sahaja yang mereka rasa perlu bagi memenuhi kehendak parti mereka.

Perkara sebegini bukan hanya terjadi sekali dua, tetapi sejak Penubuhan Parti PAS itu telah mereka mengkafirkan sesama islam seperti terjadinya amanat haji Hadi di Kg Banggol Paradong 1981 yang menyebabkan berlakunya peristiwa mamali sehingga lahirnya penyokong PAS yang tegar sanggup mati syahid kerana memperjuangkan amanat tersebut, hakikatnya mereka di tipu hidup-hidup dengan perjuangan PAS yang semakin terpesong dan menyokong pelbagai ideologi yang bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar.

Tetapi masihkah penyokong PAS sedar hakikat yang berlaku atau dibiarkan Hasad Dengki ini terus menular di setiap kelahiran penyokong mereka tanpa menghiraukan perpaduan & penyatuaan untuk terus bermushan walaupun hidup sebumbung.

jangan sampai “menang sorak kampung tergadai”

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger