Home » » PRK Kuala Besut: PAS Tidak Percaya Pada Calon Sendiri

PRK Kuala Besut: PAS Tidak Percaya Pada Calon Sendiri

Written By Unknown on 12/07/2013 | 10:00 am


Sungguh saya terkejut dengan tindakan PAS yang mencatat sejarah negara apabila meminta calonnya berbai’ah taat setia pada politik kepartian berbanding pada Allah SWT, Rasulullah SAW dan agama Islam.

Apatah lagi bai’ah tersebut dilakukan pada bulan Ramadhan, say kira ia merupakan satu tindakan yang melampau dan tidak wajar sama sekali.

Dalam bai’ah tersebut, Azlan berbai’ah di depan orang ramai yang hadir di siri ceramah kempennya…

“Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan RasulNya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Untuk bai’ah ini, saya sokong 100%. Kita sebagai umat Islam semenangnya wajib patuh pada hukum Allah SWT dan RasulNya. Tidak perlu jadi ahli PAS sekalipun, kita wajib taat pada Allah, Rasulullah SAW serta memelihara kesucian agama Islam.

Namun, bila Azlan menyambung sumpah bai’ahnya…

“Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

Cuba teliti betul-betul bai’ah Azlan itu. Saya tertanya-tanya, bai’ah yang dilafazkan Azlan itu ditujukan pada siapa? Jelas sekali pada PAS, bukan?

Maksud bai’ah itu, sekiranya Azlan melompat atau meninggalkan PAS setelah menang sebagai ADUN, maka Allah SWT, Rasulullah SAW dan umat Islam yang beriman akan melaknat dirinya sehingga dia menemui ajal!

Pada saya, tindakan Azlan sekiranya dia melompat atau keluar dari PAS membayangkan seolah-olah dia terlalu berdosa besar seolah-olah telah murtad, bukan? Apakah calon PAS itu sudah berfikir panjang atau sudah melakukan solat istikharah sebelum setuju berbai’ah sedemikian?

Kerana PAS, Azlan sanggup dilaknat Allah, Rasulullah SAW dan para mukminin di seluruh dunia?

Pada pandangan saya, Azlan sepatutnya bersikap hanya rela dilaknat sekiranya dia meninggalkan Islam atau derhaka pada Allah dan RasulNya.

Persoalannya, apakah meninggalkan PAS bererti meninggalkan Islam? PAS bukan sebuah agama. PAS juga bukan melambangkan Islam. Dan Islam adalah tetap sebuah agama yang suci dari sebarang fahaman politik ekstrim seperti PAS!

Saya yakin, Azlan bersikap taksub pada PAS dan disebabkan ketaksuban itu maka dia setuju berbai’ah begitu sehingga mencetus kontroversi di kalangan umat Islam di negara ini.

Soalnya, apakah Islam menganjurkan sifat taksub dalam jati diri para penganutnya? Setahu saya, Islam tidak begitu. Justeru itu, tindakan Azlan dan PAS itu jelas menunjukkan PAS telah tersasar dari ajaran Islam yang sebenar…

Rasulullah SAW sendiri melarang umatnya bersikap taksub pada baginda. Baginda SAW menjelaskan bahawa dirinya hanyalah manusia biasa yang diangkat Allah SWT sebagai pesuruhNya bagi mengembangkan Islam dan menyampaikan risalahNya ke seluruh pelosok muka bumi, bukan?

Azlan mencemarkan lagi semangat Islam sebenar apabila melafazkan…

“Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini.

Dari lafaz itu, Azlan telah mengharamkan sesuatu halal bagi dirinya. Sekiranya dia menang sebagai ADUN Kuala Besut sekalipun dan kemudian rela dilaknat Allah, RasulNya serta seluruh mukminin dengan meletak jawatan sebagai ADUN, wang pencen ADUNnya itu tetap halal!

Wang dari elaun itu samalah kedudukannya seperti para penjawat awam yang menyokong PAS tapi makan gaji dengan Kerajaan. Wang gaji atau pencen itu tetap halal digunakan oleh mereka. Jadi, mengapa Azlan mengharamkan sesuatu yang sepatutnya halal?

Pada saya, tindakan bai’ah Azlan dan PAS itu adalah satu tindakan yang zalim. Maksud saya, calon PAS dan partinya tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Kalau nak bertanding, bertanding sajalah. Apa yang hendak dibai’ahkan? Lainlah kalau PAS sendiri tidak percaya pada calon PRK mereka itu, kan? Kalau percaya, takkanlah PAS sanggup meminta Azlan berbai’ah begitu…

sumber 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger