Akhirnya PAS menjelmakan sesuatu yang selama ini mereka seringkali nafikan dan menuduh UMNO melakukan fitnah iaitu BAIAH lompat parti. Penzahiran tersebut dilakukan di Kuala Besut, tempat yang akan memperlagakan UMNO dan PAS di gelanggang yang dikenali sebagai PILIHANRAYA KECIL.
Apabila pendedahan dibuat bahawa PAS sebenarnya terlalu takut ahli-ahlinya berpaling tadah, lantas memaksa calon-calon wakil rakyat mereka berbaiah dan menggunakan ancaman laknat daripada Allah Taala, Rasulullah s.a.w dan umat Islam sedunia, perkara pertama yang mereka lakukan adalah membuat penafian.
UMNO dipersalahkan. Kononnya UMNO buat fitnah. Kononnya UMNO sengaja mereka-reka cerita untuk mengaitkan PAS dengan Syiah.
“Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.”
Itu baiah yang tidak bersalahan dengan syariat.
“Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.”
Ini adalah baiah atau sumpah yang sama sekali bersalahan dengan syariat dan ajaran Islam. Baiah ini lebih banyak digunakan oleh masyarakat Syiah yang amat takut sekiranya rahsia kebobrokan dan kejalangan ajaran mereka, dipecahkan kepada masyarakat umum.
Dan dek kerana itulah, mereka sentiasa bertaqiyyah untuk mengelakkan rahsia mereka terbocor. Ketakutan tersebut berlebih-lebihan lagi terhadap golongan yang berkuasa dalam puak mereka, sehinggakan perlu ditakutkan dengan laknat ke atas diri sendiri.
Diriwayatkan dari Tsabit bin Dhahak r.a, dari Rasulullah saw., beliau bersabda, “Tidak boleh seorangpun bernadzar atas sesuatu yang tidak dimilikinya. Melaknat seorang mukmin seperti membunuhnya. Barangsiapa membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia maka ia akan diadzab pada hari kiamat. Barangsiapa membuat pengakuan dusta untuk memperbanyak harta maka Allah tidak akan menambah hartanya melainkan akan bertambah sedikit. Demikian pula yang memaksakan diri bersumpah palsu dan dusta untuk melariskan dagangannya,” (HR Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan dari Samurah bin Jundub r.a, ia berkata, Rasulullah saw. pernah bersabda, ”Janganlah kalian suka melaknat dengan laknat Allah, dengan kemurkaan-Nya, dan dengan neraka,” (Hasan, HR Abu Dawud).
Hanya kerana kuasa dan harga, maka ucapan laknat itu dituturkan, sekaligus menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.
Mengapa agaknya bahaya bersumpah laknat seperti ini tidak dinyatakan oleh PAS sebaliknya muhabalah yang disyariatkan seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, diputarbelit pula sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Islam?
Siapa sebenarnya yang menjadi dalang kepada sumpah dan baiah yang dilafazkan oleh calon PAS untuk DUN Kuala Besut, Azlan Jusoh? Bagaimana agaknya elemen Syiah itu boleh dipraktikkan di dalam PAS, sedangkan PAS sebelum ini bukan main lagi berlagak kononnya, ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin PAS yang pro-Syiah akan dihalau keluar dari parti tersebut?
Apakah dalam hal ini pun, PAS masih hendak bertaqiyyah sekalipun Allah Taala telah menelanjangkan amalan dan kerosakan Syiah yang telah menjadi dasar dan tiang seri parti berkenaan menerusi sumpah baiah yang dilakukan oleh Azlan Jusoh di khalayak ramai dalam usaha PAS untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan para pengundi?
Dan yang paling penting, masakan cerdik pandai agama dalam PAS langsung tidak tahu bahawa perbuatan bersumpah palsu seperti itu hanya semata-mata untuk meraih undi dan kuasa, merupakan sesuatu yang dilarang keras dan haram hukumnya dalam Islam?Masakan sebuah parti yang kononnya lebih Islam daripada orang lain yang tidak menyertai PAS, langsung tidak tahu hukum-hakam dan melanggar sesuka-suka hati?
sumber
Post a Comment