"Walaupun kita punyai keyakinan untuk menang namun kita mesti berhati-hati untuk menghadapinya dengan strategi betul, kaedah yang dapat diterima yang selaras dengan citarasa di situ, mengambil hati dan sebagainya.
"Pembangkang akan mengembleng kekuatan maksimum sebagai balas dendam kerana hilangnya Kedah.
"Mereka tumpukan habis-habisan untuk malukan BN, jadi berhati-hatilah," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.
PRK Dun Kuala Besut akan diadakan 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai.
Kedua-duanya diadakan dalam bulan Ramadan.
Menteri agama semalam menasihatkan pemimpin-pemimpin politik menjaga adab ketika berkempen di bulan puasa.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jumlah daftar pemilih bagi Dun Kuala Besut 17,683.
Pada PRU13 yang lalu, penyandangnya dari BN mempertahankan kerusi tersebut daripada jatuh ke tangan muslimah Pas,
Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Rahim ketika diminta mengulas tindakan perdana menteri meletakkan timbalannya untuk mengetuai jentera BN di sana berkata, ia langkah tepat sekali gus dapat menyatupadukan BN Terengganu.
"Saya yakin BN boleh memenangi pada PRK Kuala Besut dan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, insya-ALLAH saya percaya kita akan berjaya," katanya.
Post a Comment